Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783190
Title: Kajian ke atas doktor-doktor swasta di Kuala Lumpur dan Selangor : faktor-faktor yang mempengaruhi perpindahan dari sektor awam ke sektor swasta
Authors: Aidalina Mahmud (P40224)
Supervisor: Aniza Ismail, Prof. Madya Dr.
Azmi Mohammad Tamil, Prof. Madya Dr.
Keywords: Job satisfaction
Personnel Turnover
Medical Staff, Hospital
Physicians
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: May-2010
Abstract: Di Malaysia, penghijrahan kira-kira 300 doktor dari sektor awam ke sektor swasta setahun mengakibatkan beban kerja yang tinggi di kalangan doktor kerajaan dan ketidakseimbangan perkhidmatan kesihatan untuk rakyat terutama yang di luar bandar dan berpendapatan rendah. Satu kajian irisan lintang telah dijalankan di antara Januari dan Jun 2009 di kalangan doktor yang bekerja di sektor swasta di Kuala Lumpur dan Selangor. Objektif utama kajian ini adalah untuk menentukan faktor yang menyebabkan doktor meninggalkan perkhidmatan awam. Subjek dipilih secara rawak daripada Daftar Pengamal Perubatan, Majlis Perubatan Malaysia dan terdiri daripada doktor di sektor swasta, warganegara Malaysia dan mempunyai alamat surat menyurat yang lengkap. Saiz sampel adalah 380 orang. Instrumen kajian adalah borang soal selidik kepuasan bekerja yang diisi sendiri (soalan tertutup) dan dua soalan terbuka yang mengkehendaki responden menyenaraikan faktor yang menyebabkan mereka meninggalkan perkhidmatan awam serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan mereka meninggalkan perkhidmatan awam. Kadar respons adalah 90%, iaitu seramai 342 responden. Kira-kira 15% daripadanya dari hospital swasta dan selebihnya daripada perkhidmatan kesihatan swasta selain hospital. Bilangan responden adalah hampir sama bagi kategori jantina, kaum dan tempat mendapat ijazah perubatan. Kira-kira 70% responden berkhidmat kurang daripada tujuh tahun, dan kira-kira 80% responden adalah bukan doktor pakar semasa mereka meninggalkan perkhidmatan awam. Analisis deskriptif mendapati lebih ramai doktor wanita, doktor kaum bukan Bumiputera, graduan daripada universiti tempatan, doktor yang tempoh perkhidmatan yang singkat dan doktor bukan pakar mempunyai ketidakpuasan bekerja di dalam sektor awam. Secara keseluruhannya, responden tidak berpuas hati dengan faktor kerja berikut: faedah kerja, gaji, ganjaran, kenaikan pangkat dan operasi kerja, tetapi berpuas hati dengan ciri kerja, rakan setugas, penyelia dan komunikasi. Doktor wanita dan doktor bukan Bumiputera adalah tiga kali lebih cenderung untuk tidak berpuas hati dan meninggalkan perkhidmatan awam, manakala doktor yang berkhidmat kurang dari tujuh tahun adalah empat kali lebih cenderung untuk tidak berpuas hati dengan kerja dan meninggalkan perkhidmatan awam. Analisa soalan terbuka mendapati hasilnya sama dengan analisa soalan tertutup. Tindakan yang boleh diambil untuk mengelakkan penghijrahan doktor ke sektor swasta termasuklah penilaian semula tangga gaji dan elaun pada kadar yang lebih kerap, meningkatkan peluang melanjutkan pelajaran pascasiswazah, mengurangkan beban kerja dengan cara kerja berpasukan, memberi cuti tanpa gaji kepada doktor selepas habis panggilan, memastikan polisi kerja yang lebih mesra-keluarga seperti membenarkan masa bekerja yang lebih anjal, serta memperkenalkan lebih insentif bukan-kewangan dari aspek penghargaan dan pengiktirafan. Survei berkala bagi doktor dalam perkhidmatan dan mengadakan temubual atau soal selidik khusus sebelum doktor kerajaan meninggalkan perkhidmatan, juga boleh dilakukan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi kepuasan bekerja dan langkah penambahbaikan yang paling sesuai yang boleh diambil.
Notes: Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana"
Pages: 25
Call Number: HF5549.5.J63 A288k 2010 9HUKM tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783190
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.