Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783188| Title: | Stres pekerjaan di kalangan ahli Bomba dan Penyelamat Malaysia di negeri Selangor pada tahun 2005 |
| Authors: | Mohd Ridzal Mohd Zainal (P24495) |
| Supervisor: | Noor Hassim Ismail, Prof. Madya Dr. |
| Keywords: | Occupational Stress Firefighters Dissertations, Academic -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
| Issue Date: | 26-Mar-2006 |
| Abstract: | Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui prevalens stres di kalangan Ahli Bomba dan Penyelamat Malaysia di Negeri Selangor dan mengenalpasti puncapunca stres yang boleh menyebabkan stres pekerjaan. Kajian keratan rentas ini dilakukan pada tahun 2005 dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berkelompok. Kajian ini melibatkan 10 buah Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia di Negeri Selangor dengan jumlah sampel sebanyak 476 orang. Alatan kajian yang digunakan adalah borang soalselidik isi sendiri yang mengumpul maklumat berkaitan dengan faktor sosiodemografi, faktor pekerjaan termasuk pendedahan kepada hazad keselamatan dan kesihatan pekerjaan, persepsi terhadap keterukan punca-punca stres di tempat kerja (faktor Keterukan Stres Kerja), persepsi terhadap punca-punca stres dalam keluarga (faktor Stres Keluarga) dan kekerapan mengalami gejala-gejala stres yang diukur dengan Skala Gejala Stres 52 soalan. Kadar respons kajian adalah 77.9%. Prevalens stres adalah 60.4%. Status stres dipengaruhi oleh jenis pangkat, status berkeluarga, tugas sebagai pemandu injin dan operator pam, bilangan operasi memadam kebakaran dan menyelamat, kekerapan menghadapi hazad-hazad keselamatan dan kesihatan pekerjaan semasa bertugas, faktor Keterukan Stres Kerja dan faktor Stres Keluarga (p<0.05). Analisa regresi logistik mendapati bahawa punca punca kepada stres pekerjaan Ahli Bomba adalah pangkat Ahli Bomba biasa (OR terlaras = 3.87, s.k.95%= 2.00-7.50), kekerapan menghadapi hazad ergonomik iaitu kerja berat/ postur tak normal (OR ter]aras = 1.80, s.k.95% = 1.29-2.50), kekerapan menghadapi hazad psikologi iaitu trauma (OR terlaras = 2.04, s.k.95% = 1.43-2.90), persepsi bekerja lebih masa (OR terlaras = 1.33, s.k.95% = 1.17-1.51) dan persepsi perselisihan dengan jabatan lain (OR terlaras = 1.29, s.k.95% = 1.11-1.49). Reliabiliti dalaman bagi Skala Gejala Stres 52 soalan yang digunakan dalam kajian ini adalah sangat baik (Alfa Cronbach = 0.963). Reliabiliti dalaman Skala Gejala Stres 28 soalan yang dibentuk dan diuji dalam kajian juga sangat baik (Alfa Cronbach = 0.944). Agreement di antara Skala Gejala Stres 52 soalan dan Skala Gejala Stres 28 soalan adalah baik (Kapa Cohen = 0.855). |
| Notes: | Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana" |
| Pages: | 91 |
| Call Number: | HF5548.85.M697s 2006 9HUKM tesis |
| Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783188 |
| Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Stres pekerjaan di kalangan ahli Bomba dan Penyelamat Malaysia di negeri Selangor pada tahun 2005.pdf Restricted Access | Partial | 3.31 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.