Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783008
Title: Isu-isu berkaitan pengurusan ubat-ubatan dalam kalangan orang yang hidup dengan HIV dan komorbiditi berkaitan usia
Authors: Chew Yeong Tai (P110957)
Supervisor: Chong Wei Wen, Dr.
Siti Azdiah Abdul Aziz, Dr.
Keywords: HIV
Medication Therapy Management
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Nov-2025
Abstract: Wabak jangkitan Human Immunodeficiency Virus (HIV) kekal sebagai isu kesihatan global. Terapi antiretroviral (ART) telah mengubah jangkitan HIV menjadi penyakit kronik yang boleh dirawati, meningkatkan jangka hayat orang yang hidup dengan HIV/AIDS (ODHA). Namun, peningkatan usia populasi ODHA menimbulkan cabaran baharu termasuk beban komorbiditi berkaitan usia dan pengurusan ubat yang kompleks. Keperluan untuk mengurus pelbagai ubat untuk HIV dan komorbiditi berkaitan usia, ditambah pula dengan cabaran sosial dan psikologi, meningkatkan risiko kepatuhan dan interaksi ubat, yang berpotensi menjejaskan kejayaan rawatan HIV. Namun demikian, masih terdapat jurang yang ketara dalam pemahaman tentang keperluan khusus warga tua ODHA dengan komorbiditi berkaitan usia yang menjejaskan pengurusan ubatubatan dan kesejahteraan keseluruhan mereka. Kajian ini bertujuan untuk menyiasat isu-isu berkaitan pengurusan ubat dalam kalangan warga tua ODHA dengan komorbiditi berkaitan usia. Kajian ini dijalankan dalam dua fasa yang berbeza, iaitu kuantitatif dan kualitatif. Dalam fasa kuantitatif pertama yang melibatkan 250 warga tua ODHA di sebuah hospital awam tertiari, didapati bahawa 84.4% daripada peserta mempunyai sekurang-kurangnya satu komorbiditi berkaitan usia, dengan dislipidemia (67.2%) dan hipertensi (46.4%) paling lazim. Walaupun dengan bilangan jenis ubat yang tinggi, dengan purata lima jenis atau lebih, serta jumlah pil harian kumulatif sebanyak 6.30 pil, sebahagian besar (91.2%) warga tua ODHA mencapai kepatuhan optimum terhadap ART, dengan viral suppression yang tinggi. Bilangan komorbiditi, jenis ubat, dan tempoh rawatan adalah peramal signifikan beban pil. Selain itu, bilangan komorbiditi yang lebih tinggi dikaitkan dengan peningkatan kemungkinan polifarmasi. Dalam fasa kualitatif seterusnya, temubual separa berstruktur dijalankan dengan 18 warga tua ODHA. Kajian ini mengenalpasti tiga tema utama iaitu kepentingan kepatuhan kepada ubat, cabaran berkaitan pengurusan ubat-ubatan, dan strategi penyesuaian dalam pengurusan ubat-ubatan. Walaupun peserta umumnya mempunyai pandangan positif terhadap ubat-ubatan, cabaran emosi dan sosial yang berkaitan dengan penyakit HIV memberi kesan terhadap pengurusan ubat-ubatan. Kajian ini menegaskan bahawa walaupun prevalens komorbiditi berkaitan usia, polifarmasi, dan beban pil adalah tinggi dalam kalangan warga tua ODHA, kepatuhan terhadap ART masih tinggi. Namun demikian, peserta melaporkan pelbagai cabaran dalam pengurusan ubat. Oleh itu, perkhidmatan penjagaan kesihatan bersepadu, saringan kesihatan berkala, pengurusan emosi, dan sokongan social adalah penting bagi mengoptimumkan pengurusan ubat-ubatan serta kualiti hidup warga tua ODHA
Notes: e-tesis
Pages: 154
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/783008
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Isu-isu berkaitan pengurusan ubat-ubatan dalam kalangan orang yang hidup dengan HIV dan komorbiditi berkaitan usia.pdf
  Restricted Access
Full-text2.06 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.