Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782778| Title: | Penilaian kendiri guru pendidikan Islam sebagai mudarris ke arah pembangunan profesionalisme berterusan |
| Authors: | Azwani Masuwai (P113376) |
| Supervisor: | Hafizhah Zulkifli, Dr. Mohd Isa Hamzah, Dr. Ab. Halim Tamuri, Prof. Dato’ Dr. |
| Keywords: | Teachers -- Rating of Teacher effectiveness Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 28-Feb-2025 |
| Abstract: | Penilaian kendiri merupakan amalan dalam pendidikan Islam yang dapat menyumbang kepada pembangunan profesional guru, namun ia jarang dilaksanakan oleh Guru Pendidikan Islam (GPI) dan kurang mendapat perhatian dalam kajian. Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap penilaian kendiri GPI serta mengenal pasti perbezaan amalan ini berdasarkan jantina dan pengalaman kerja. Kajian ini juga menilai tahap pembangunan profesionalisme berterusan (PPB) GPI dan mengkaji hubungan serta sumbangan penilaian kendiri terhadap PPB. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan deskriptif, menggunakan Instrumen Penilaian Kendiri Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah (IPKGPI-SM) yang mengukur tiga konstruk penilaian kendiri: Refleksi Kelestarian Ilmu Pengetahuan, Refleksi Pengajaran, dan Introspeksi Keinsanan. Instrumen Pembangunan Profesionalisme Berterusan Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah (IPPBGPI-SM) pula mengukur PPB yang meliputi tiga konstruk: Asas, Pembangunan Kompetensi, dan Keperluan Khusus/Dasar. Instrumen ini telah diuji untuk kesahan dan kebolehpercayaannya dan ditadbir kepada 420 GPI dari 63 SMK di Malaysia yang dipilih melalui teknik persampelan pelbagai peringkat. Hasil kajian mendapati bahawa tahap penilaian kendiri dan PPB GPI secara purata berada pada tahap yang tinggi. Ujian t mendapati tiada perbezaan signifikan antara GPI lelaki dan perempuan, manakala analisis ANOVA menunjukkan tiada perbezaan signifikan berdasarkan pengalaman kerja. Analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan positif yang kuat antara penilaian kendiri dan PPB (r = 0.807, p = 0.00), dan model penilaian kendiri menjelaskan 65.1% varians dalam PPB. Teori Pembangunan Insan Al-Ghazali melalui konsep muhasabah diikuti dengan Teori Kognitif Sosial Bandura memberikan panduan kepada guru untuk melaksanakan penilaian kendiri dengan lebih baik. Gabungan aspek pengetahuan, kemahiran dan keperibadian sebagai konstruk PK pula seiring dengan model pengajaran dan kecemerlangan guru dalam bidang Pendidikan Islam yang penting kepada GPI yang berperanan sebagai mudarris selaras dengan aspek guru dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia, Standard Guru Malaysia dan aspek profesional guru. |
| Notes: | Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
| Pages: | 543 |
| Call Number: | LB2838.A999 2025 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782778 |
| Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Penilaian kendiri guru pendidikan Islam sebagai Mudarris ke arah pembangunan profesionalisme berterusan.pdf Restricted Access | Partial | 1.13 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.