Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782777
Title: Pembinaan dan pengesahan Ujian Pertimbangan Situasi menggunakan model Rasch bagi pengukuran indeks kepimpinan digital guru
Authors: Nurhafizah Abdul Musid (P113289)
Supervisor: Mohd Effendi Ewan Mohd Matore, Prof. Madya Ts. Dr.
Aida Hanim A. Hamid, Dr.
Keywords: Educational tests and measurements
Educational leadership
Teachers -- Rating of
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-Feb-2025
Abstract: Kepimpinan digital semakin menjadi perhatian di luar negara dan di Malaysia. Walau bagaimanapun, kurang fokus diberikan terhadap pembinaan instrumen baharu untuk mentaksir kepimpinan digital melalui Ujian Pertimbangan Situasi (SJT). Terdapat beberapa isu psikometrik dan kesahan, termasuk keperluan indeks kepimpinan digital guru bagi membezakan kepimpinan digital guru sekolah rendah dan menengah. Oleh itu, kajian ini bertujuan membina dan mengesahkan SJT kepimpinan digital guru, serta pemeriksaan ciri psikometrik. Pengukuran indeks kepimpinan digital guru dan perbezaannya mengikut peringkat persekolahan turut dibincangkan. Kajian juga mendapatkan pandangan guru mengenai konstruk kepimpinan digital dengan indeks terendah. Kajian menggunakan reka bentuk kaedah gabungan penerokaan berturutan. Kajian dimulai dengan fasa kualitatif melibatkan 18 peserta kajian bagi mendapatkan situasi dan jangkaan tindakan, dan kemudian diikuti dengan kesahan kandungan, kesahan muka dan kesahan bahasa. Selepas itu, kajian rintis dilakukan melibatkan 317 responden dan seterusnya kajian sebenar melibatkan 2,830 responden menggunakan teknik pensampelan rawak berstrata berkadaran. Sebagai tambahan, temu bual dengan empat orang guru turut dilaksanakan bagi meneroka pandangan guru terhadap indeks SJT yang terendah. Dapatan fasa kualitatif telah menyediakan 90 item soalan termasuk situasi dan set jangkaan tindakan bagi sembilan konstruk kepimpinan digital. Dapatan kesahan kandungan menggunakan kaedah Delphi kabur mendapati 45 daripada 90 item SJT diterima. Kesahan muka menggunakan nisbah kesahan kandungan menunjukkan 36 item diterima dan sembilan item perlu dimurnikan. Kesahan bahasa menggunakan Cohen’s Kappa menunjukkan persetujuan hampir sempurna iaitu 0.98. Seterusnya, kajian rintis menggunakan Model Rasch mendapati dua daripada lima item SJT digugurkan dan menjadikan item akhir sebanyak 43 item. Pemeriksaan ciri psikometrik menunjukkan nilai keserasian item ialah 0.74 hingga 1.21 dan nilai keserasian individu pula mencatat 0.70 hingga 1.30, polariti item (0.08 hingga 0.52), unidimensionaliti (PCA = 22.8%, gangguan = 7.3, dan nilai eigen= 4.0), kebebasan setempat (kurang daripada 0.7), peta item-individu (logit min item 0.00 dan logit min individu -0.16), kebolehpercayaan item ialah 0.98 manakala individu ialah 0.74, indeks pengasingan item ialah 6.64 dan individu ialah 1.68. Keseluruhannya, nilai indeks kepimpinan digital guru ialah 45.46 dan berada pada tahap tidak memuaskan. Analisis MANOVA satu hala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor min berdasarkan sembilan konstruk kepimpinan digital antara guru sekolah rendah dan menengah dengan nilai, F(9, 2820) = 1.366, p=0.198; Wilks’ λ=0.996. Dapatan temu bual lanjut bagi indeks terendah konstruk kepimpinan digital iaitu komunikasi menunjukkan faktor utama penyebab ialah sikap ibu bapa dan guru yang kurang sesuai. Amalan komunikasi yang kerap digunakan guru ialah penggunaan aplikasi media sosial dan kaedah menambah baik amalan komunikasi ialah penggunaan Google Classroom. Responden turut mencadangkan keperluan latihan kemahiran digital untuk memperkasa amalan komunikasi kepimpinan digital.
Pages: 658
Call Number: LB3051.N837 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782777
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembinaan dan pengesahan Ujian Pertimbangan Situasi menggunakan model Rasch bagi pengukuran indeks kepimpinan digital guru.pdf
  Restricted Access
Full-text8.58 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.