Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782775
Title: Penilaian Program Residency dan Immersion (PRIme) dalam kalangan pengetua dan guru besar baharu berasaskan model penilaian CIPP
Authors: Aney Marinda Muhammad Amin (P113464)
Supervisor: Norasmah Othman, Prof. Dr.
Aida Hanim A.Hamid, Dr.
Keywords: School principals -- Training of
Educational evaluation
Educational leadership
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-Apr-2025
Abstract: Sebagai pemimpin sekolah, Pengetua dan Guru Besar (PGB) baharu menghadapi beberapa cabaran terutamanya pada tahun pertama berkhidmat. Keupayaan mereka dalam memimpin dan mengurus organisasi turut diragui walaupun telah mengikuti program induksi PGB baharu iaitu Program Residency dan Immersion (PRIme). Namun, keberkesanan dan keberhasilan sesuatu program dapat dikenal pasti setelah penilaian dijalankan di mana maklumat terperinci diperolehi dan diproses secara sistematik. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai PRIme menggunakan model penilaian CIPP yang merangkumi tiga dimensi iaitu dimensi input (kursus, pementoran dan bimbingan), dimensi proses (kepimpinan strategik, instruksional, budaya, sumber manusia, pengurusan, pembangunan luar dan mikropolitik), dan dimensi produk (kepemimpinan dan pengurusan organisasi). Reka bentuk kajian ini adalah kajian penilaian menggunakan pendekatan kajian pelbagai (mixed method) yang dikenali sebagai explanatory sequential design. Pendekatan kuantitatif secara tinjauan dijalankan menggunakan soal selidik pada peringkat pertama, diikuti dengan pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual separa berstruktur. Sampel kajian kuantitatif terdiri daripada 418 orang PGB baharu di seluruh negara yang dipilih menggunakan teknik pensampelan rawak berkelompok berperingkat. Manakala, kajian kualitatif melibatkan responden seramai empat orang PGB baharu menggunakan protokol temu bual separa berstruktur. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian kuantitatif dan data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 29 dan WINSTEPS 3.73. Secara keseluruhannya, dimensi proses dan produk berada pada tahap sangat tinggi, manakala dimensi input berada pada tahap tinggi. Analisis regresi berganda menunjukkan terdapat dua pemboleh ubah bebas iaitu kursus dan bimbingan menyumbang sebanyak 40.4 peratus kepada dimensi proses dan 36 peratus kepada dimensi produk pelaksanaan PRIme. Kajian juga mendapati lima pemboleh ubah bebas iaitu, kepimpinan instruksional, pembangunan luar, sumber manusia, strategik dan mikropolitik merupakan penyumbang kepada kepemimpinan PGB baharu sebanyak 53.8 peratus. Manakala, empat pemboleh ubah bebas iaitu kepimpinan instruksional, pembangunan luar, sumber manusia, strategik yang menyumbang kepada pengurusan organisasi PGB baharu sebanyak 49 peratus. Manakala, data kualitatif melalui temu bual mendapati PGB baharu sangat berpuas hati dengan pelaksanaan kursus, pementoran dan bimbingan dalam PRIme. Mereka juga berupaya meningkatkan aspek kepimpinan yang dipelajari serta berjaya mencapai standard kepemimpinan dan pengurusan organisasi yang ditetapkan. Dapatan kajian ini memberi implikasi terhadap kepimpinan dan pengurusan organisasi, serta perkembangan sosialisasi PGB baharu yang mengikuti PRIme. Kajian lanjut tentang komponen pembangunan profesionalisme efektif yang mendorong peningkatan kualiti pemimpin sekolah baharu perlu dijalankan. Secara keseluruhannya, kajian penilaian PRIme yang menggunakan model CIPP memberi banyak maklumat penting kepada pihak PPD, JPN, IAB dan KPM untuk merancang strategi penambahbaikan bagi memantapkan pelaksanaannya pada masa akan datang.
Notes: Tesis ini tidak ada "Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 431
Call Number: LB2831.9.A534 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782775
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penilaian Program Residency dan immersion PRIme dalam kalangan pengetua dan guru besar baharu berasaskan model penilaian CIPP.pdf
  Restricted Access
Partial892.08 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.