Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782773
Title: Kesan pengetahuan sains, sensitiviti moral dan penghayatan agama terhadap penaakulan sosiosaintifik murid tingkatan empat
Authors: Shafiah Haji Abdul Rashid (P90198)
Supervisor: Zanaton H. Iksan, Dr.
Khadijah Abdul Razak, Dr.
Siti Nur Diyana Mahmud, Dr.
Keywords: Science -- Study and teaching
Moral development
Religious education
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 5-Feb-2025
Abstract: Ramai sarjana mendapati bahawa literasi sains murid adalah lemah disebabkan kekurangan kemahiran untuk membincangkan isu-isu sosial dalam masyarakat ketika membuat penaakulan sosiosaintifik. Justeru kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kesan sumbangan pengetahuan sains, sensitiviti moral dan penghayatan agama terhadap penaakulan sosiosaintifik murid. Kajian ini turut mengenal pasti peranan penghayatan agama sebagai mediator di samping membina model sumbangan pemboleh ubah pemboleh ubah. Seramai 307 orang murid Tingkatan Empat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Negeri Sembilan telah menjawab soal selidik yang terdiri daripada lima bahagian iaitu demografi, ujian aneka pilihan Pengetahuan Sains, soalan berstruktur Sensitiviti Moral, instrumen Penghayatan Agama berskala Likert 5-mata dan soalan aneka pilihan Penaakulan Sosiosaintifik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan sains, penghayatan agama dan penaakulan sosiosaintifik murid berada pada tahap sederhana manakala tahap sensitiviti moral adalah tinggi. Sumbangan kesan yang paling besar ditunjukkan oleh hubungan antara pengetahuan sains dengan penaakulan sosiosaintifik manakala kesan paling lemah disumbangkan oleh hubungan antara pengetahuan sains dengan penghayatan agama. Analisis turut mendapati penghayatan agama menjadi mediator separa yang lemah terhadap hubungan antara pengetahuan sains dengan penaakulan sosiosaintifik. Kesimpulannya kajian ini berjaya membuktikan bahawa penghayatan agama mempunyai peranan positif dalam memperkuatkan pengaruh pengetahuan sains terhadap penaakulan sosiosaintifik. Penemuan ini memberi implikasi terhadap para guru untuk memperkukuhkan penghayatan agama murid kerana ianya dapat membantu meningkatkan kemahiran menaakul sekaligus menyuburkan literasi sains dalam kalangan murid.
Pages: 334
Call Number: LB1532.S533 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782773
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan pengetahuan sains sensitiviti moral dan penghayatan agama terhadap penaakulan sosiosaintifik murid tingkatan empat.pdf
  Restricted Access
Full-text4.6 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.