Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782771
Title: Hubungan struktural antara pembangunan profesional, kemahiran teknologi, kompetensi guru dengan pendekatan heutagogi dalam kalangan guru sekolah rendah
Authors: Sumathy Ramas (P113600)
Supervisor: Nor Hafizah Adnan, Dr.
Khairul Azhar Jamaludin, Dr.
Keywords: Teaching -- Methodology
Teachers -- Rating of
Educational technology
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-Mar-2025
Abstract: Transformasi pendidikan merupakan proses penambahbaikan kualiti sistem pendidikan negara kita. Segala proses penambahbaikan dan perubahan yang dilakukan dalam sistem pendidikan hanya akan tercapai dengan adanya guru-guru yang berprofesional, berkemahiran dan mempunyai kompetensi diri bagi melaksanakan pengajaran yang berkesan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan struktural antara pembangunan profesional, kemahiran teknologi, kompetensi guru terhadap pendekatan heutagogi dalam kalangan guru sekolah rendah. Pendekatakan kuantitatif dengan reka bentuk kaedah tinjauan jenis keratan rentas digunakan dalam kajian ini. Kajian ini melibatkan seramai 382 guru sekolah rendah sebagai responden kajian. Lapan instrumen kajian diadaptasi dan dimodifikasi oleh pengkaji berdasarkan cadangan dan penambahbaikkan pakar kandungan kajian. Pengumpulan data dijalankan secara kaedah DOPU (Drop off -Pick Up) dan juga atas talian melalui google link. Kajian ini menggunakan pendekatan dua tahap SEM dengan menggunakan perisian IBM SPSS AMOS versi 23. Data kajian dianalisis secara analisis deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif menjelaskan demografi responden dan tahap setiap pemboleh kajian. Manakala, statistik inferensi pula menggunakan analisis multivariat iaitu Pemodelan Persamaan Berstruktur (SEM). Dapatan menunjukkan bahawa tahap keeseluruhan setiap pemboleh ubah kajian ini adalah tinggi. Kajian juga mendapati bahawa pembangunan profesional, kemahiran teknologi dan kompetensi guru mempunyai kesan langsung positif secara signifikan dan mempunyai hubungan terhadap pendekatan heutagogi dalam kalangan guru sekolah rendah. Pendekatan bootstrapping juga digunakan dalam prosedur pengujian perantara. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kompetensi guru berperanan sebagai pengantara separa dalam hubungan antara pembangunan profesional dengan pendekatan heutagogi serta dalam hubungan antara kemahiran teknologi dengan pendekatan heutagogi. Kajian ini juga turut menyumbangkan sebanyak 51.0% varians kepada pendekatan heutagogi. Justeru, dapatan kajian ini memberikan panduan dan input kepada guru-guru sekolah rendah dalam memperkukuhkan penguasan pendekatan heutagogi iaitu sebagai strategi yang berkesan serta memupuk kemahiran guru dalam merancang, melaksanakan dan menyokong proses pembelajaran murid secara kendiri. Hal ini secara langsung menyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan di Malaysia.
Pages: 400
Call Number: LB1025.3.S836 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782771
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.