Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782685| Title: | Penggunaan Qiraat Mawdu'ah dalam kitab-kitab tafsir dan implikasinya terhadap pentafsiran al-Quran |
| Authors: | Muhammad Zaid Harithah Azeman (P127263) |
| Supervisor: | Mohd Faizulamri Mohd Saad, Dr. |
| Keywords: | Qur'an -- Readings Qur'an -- Hermeneutics Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 18-Apr-2025 |
| Abstract: | Qiraat mawdu‘ah adalah bacaan yang tidak mempunyai asal sandaran sanad ataupun palsu. Namun, periwayatan qiraat yang tiada asal ini ditemukan dalam kitab-kitab tafsir al-Quran. Nukilan riwayat qiraat ini dalam karya para pentafsir menimbulkan persoalan berkenaan bentuk periwayatan dan pentafsiran qiraat tersebut. Periwayatan qiraat ini perlu diteliti bagi mengenal pasti kesahihan penisbahan serta kedudukan para perawi yang dinisbahkan kepada bacaan tersebut. Di samping itu, penukilan qiraat mawdu‘ah ini semestinya mendatangkan implikasi tertentu dalam pentafsiran memandangkan qiraat merupakan salah satu sumber pentafsiran al-Quran yang digunakan oleh para pentafsir. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti konsep qiraat mawdu‘ah dan menganalisis periwayatan serta pentafsiran qiraat mawdu‘ah yang terdapat dalam kitab-kitab tafsir al-Quran. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes secara kolektif. Sampel kajian adalah terdiri daripada 20 riwayat qiraat mawdu‘ah yang ditemukan dalam 21 buah karya tafsir al-Quran menggunakan kaedah analisis dokumen. Data-data ini kemudiannya dianalisis secara tematik, induktif dan deduktif. Hasil kajian mendapati bahawa sebahagian pentafsir menukilkan riwayat qiraat ini tanpa menjelaskan statusnya manakala sebahagian pentafsir dan sarjana lain menukilkan serta menolak bacaan tersebut dari sudut periwayatan dan tafsirannya. Seramai 15 perawi yang dinisbahkan kepada bacaan ini dan 13 daripadanya dinilai oleh para sarjana sebagai thiqah manakala kesan penisbahan yang palsu ini boleh mencemarkan kredibiliti mereka. Selain itu, terdapat 4 kaedah berinteraksi dengan qiraat mawdu‘ah oleh pentafsir iaitu penukilan riwayat atau athar, pentakwilan qiraat kepada makna yang berlainan, perbahasan nahw serta sarf dan pentafsiran firqah mubtadi‘ah. Namun, implikasi terbesar penggunaan qiraat ini adalah bertujuan untuk menyokong kefahaman firqah mubtadi‘ah di mana 16 daripada 20 riwayat qiraat dalam kajian ini digunakan untuk tujuan tersebut. Implikasi kajian ini ialah dapat memelihara kesahihan dalam periwayatan qiraat serta mengelakkan maklumat dan tafsiran yang salah daripada qiraat mawdu‘ah dalam karya tafsir al-Quran. Sumbangan kajian ini ialah dapat menyediakan rujukan tambahan yang sahih kepada mana-mana pihak khususnya ahli akademik dan pengkaji dalam bidang apabila berinteraksi dengan riwayat qiraat mawdu‘ah yang terdapat dalam karya-karya tafsir. |
| Pages: | 195 |
| Call Number: | BP131.5.M89 2025 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782685 |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Penggunaan qiraat Mawduah dalam kitab kitab tafsir dan implikasinya terhadap pentafsiran Al quran.pdf Restricted Access | Full-text | 3.2 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.