Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782619
Title: Pengawalaturan gen berkait keradangan yang disasarkan oleh MIR-196A-5P di dalam sel umbilikus vena endotelium manusia yang terdedah kepada gangguan darah tinggi sewaktu kehamilan
Authors: Nurul Iffah Mohd Isa (P130569)
Supervisor: Saiful Effendi Syafruddin, Dr.
Azizah Ugusman, Prof. Madya Dr.
Keywords: Human Umbilical Vein Endothelial Cells
Hypertension, Pregnancy-Induced
Hypertension -- complications
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 12-Feb-2026
Abstract: Anak daripada ibu yang mengalami gangguan darah tinggi sewaktu kehamilan (HDP) mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit kardiovaskular (CVD) pada masa hadapan. Disfungsi sel endotelium dan keradangan merupakan antara faktor utama yang menyebabkan disfungsi ini berlaku. Kajian sebelum ini mendapati bahawa ketidakaturan ekspresi mikroRNA (miRNA) boleh menyumbang kepada keradangan di dalam sel endotelium HDP. Walau bagaimanapun, hal ini tidak dapat difahami dengan baik. Keputusan jujukan RNA terdahulu mendapati bahawa miR-196a-5p telah dikawalatur secara signifikan di dalam sel endotelium vena umbilikus manusia (HUVEC) yang terdedah kepada HDP. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan peranan miR-196a-5p dalam mengawalatur keradangan di dalam HUVEC yang terdedah kepada HDP. Gen-gen yang disasarkan oleh miR-196a-5p ditentukan menggunakan pangkalan data miRDB, TargetScan, dan miRWalk. Tapak laluan dan gen-gen berkait keradangan telah dikenalpasti dengan menggunakan analisis bioinformatik DAVID dan Cytoscape. Keputusan yang telah didapati daripada analisis bioinformatik kemudian disahkan melalui RT-qPCR dengan menggunakan RNA yang telah diekstrak daripada sel HUVEC dari tali pusat ibu dengan kehamilan normal dan mempunyai HDP. Perencatan ekspresi miR-196a-5p dilakukan melalui transfeksi sementara bagi mengenalpasti peranan pengawalaturan miR-196a-5p terhadap gen sasaran. Pengesahan tapak sasaran miRNA pada MAPK8 telah dikenalpasti melalui ujian pelapor luciferase. Keputusan bioinformatik menunjukkan bahawa tapak laluan isyarat MAPK merupakan tapak laluan paling signifikan yang disasarkan oleh miR-196a-5p (p < 0.05). MAP3K1 dan MAPK8, iaitu gen-gen yang terlibat dalam proses keradangan, merupakan antara gen-gen yang mempunyai tahap persambungan yang tinggi di dalam rangkaian interaksi protein-protein. Keputusan RT-qPCR menunjukkan bahawa miR-196a-5p dikawalatur secara signifikan di dalam HUVEC terdedah kepada HDP berbanding kumpulan kawalan (p < 0.01). Manakala, ekspresi MAP3K1 dan MAPK8 telah dikawalatur secara tinggi di dalam HUVEC HDP (p < 0.01 and p < 0.05, masing-masing). Perencatan ekspresi miR- 196a-5p menyebabkan penurunan MAP3K1 dan MAPK8 secara signifikan (p < 0.05). Tambahan pula, kehadiran miR-196a-5p di dalam ujian pelapor luciferase merencatkan ekspresi MAPK8 (p < 0.05). Kesemua keputusan ini menunjukkan bahawa miR-196a-5p memainkan peranan penting dalam mengawalatur keradangan di dalam HUVEC terdedah kepada HDP dan hal ini dapat memberikan perspektif baharu yang bernilai dalam menentukan sumbangan ketidakaturan miRNA dalam pembentukan CVD di dalam anak yang terdedah kepada HDP sewaktu dalam kandungan.
Pages: 166
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782619
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.