Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782412
Title: Kesan pembangunan hidroelektrik kepada mamalia bersaiz sederhana dan besar di Hulu Terengganu, Terengganu
Authors: Nurul Adyla Muhammad Nazir (P75206)
Supervisor: Shukor Md Nor, Prof. Dr.
Norhayati Ahmad, Prof. Dr.
Keywords: Hydroelectric power plants
Water-power
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 8-Jul-2020
Abstract: Satu kajian terhadap kesan pembangunan Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu terhadap mamalia sederhana dan besar telah dijalankan antara Jun 2014 dan Jun 2016. Tujuan utama kajian ini adalah untuk 1) mengkaji kesan perubahan guna tanah disebabkan pembangunan empangan pada setiap fasa terhadap komposisi dan taburan mamalia bersaiz sederhana dan besar, dan 2) mengenal pasti ciri-ciri koridor (tabii dan buatan) yang menjadi pilihan mamalia bersaiz sederhana dan besar berdasarkan penggunaan ciri-ciri koridor oleh kumpulan haiwan di sini. Kajian ini dibahagikan kepada empat fasa utama iaitu sebelum pembinaan, pembinaan, pengempangan dan operasi. Penilaian kepelbagaian mamalia pada fasa sebelum pembinaan menggunakan data sekunder dan fasa-fasa yang lain menggunakan kaedah perangkap kamera. Perangkap kamera telah dipasang dalam kawasan tadahan Puah semasa fasa pembinaan (3454 perangkap/malam, p/m), pengempangan (3640 p/m) dan operasi (9704 p/m). Begitu juga di tadahan Tembat dengan jumlah 1843 p/m, 1261 p/m, dan 2797 p/m bagi setiap fasa pembangunan. Di koridor buatan perangkap kamera merekodkan 8797 p/m dan di dua koridor tabii di Tanjung Tasik Kenyir (TTK) dan Empangan Pelana (EP) merekodkan 2171 p/m dan 6015 p/m. Pembalakan sebelum pembinaan telah mengurangkan 31.8% litupan hutan primer dan meningkatan 93.69% litupan hutan tersorot. Perubahan ini menyebabkan pengurangan daripada 32 spesies sebelum pembinaan kepada 25 spesies semasa pembinaan dijalankan. Aktiviti pengempangan menyebabkan pergerakan keluar hidupan liar dari kawasan takungan melalui koridor buatan dan tabii dan ke pulau yang sedang terbentuk untuk mengelakkan daripada ditenggelami air. Fasa ini merekodkan 16 spesies mamalia di Empangan Puah, penambahan daripada 14 spesies direkodkan semasa fasa pembinaan, tetapi hanya enam spesies di Empangan Tembat, pengurangan daripada 9 spesies yang direkodkan semasa fasa sebelumnya. Perbezaan perubahan ini dijangka disebabkan oleh dua faktor iaitu saiz takungan dan masa penakungan dimana Empangan Puah mempunyai takungan yang lebih besar dan pengempangan yang dijalankan lebih awal. Walau bagaimanapun corak perubahan kadar imej/hari direkodkan di kedua-dua empangan adalah sama, meningkat seiring peningkatan paras air yang mendadak dan mulai stabil setelah paras air mencapai tahap operasi. Di koridor semulajadi pula sejumlah 13 spesies telah direkod; 10 spesies di EP dan tujuh spesies di TTK. Mamalia yang menggunakan koridor tabii ini tertarik (Ujian PCA) kepada ciri-ciri utama koridor iaitu peratus litupan vegetasi, paku pakis serta anak pokok. Sebaliknya, hanya 12 spesies mamalia direkodkan di koridor buatan dengan pemilihan (Ujian PCA) panjang jambatan sebagai ciri utama selain daripada litupan vegetasi. Analisis kluster (Indeks Persamaan Jaccard) menunjukkan bahawa Viaduct (V) 1 (4 spesies), V3 (2 spesies) dan Jambatan (J) 5 (3 spesies) mempunyai ciri ciri koridor lebih kurang sama dipilih oleh spesies mamalia, begitu juga J2 (6 spesies), J3 (3 spesies) dan J4 (4 spesies), tetapi J1 (4 spesies) dan V2 (4 spesies) mempunyai ciri-ciri koridor dipilih yang tersendiri. Akhirnya, hasil kajian ini menunjukkan bahawa pembangunan empangan mengubah habitat mamalia dan kesan perubahan ini dapat dilihat pada semua peringkat pembangunan bermula daripada fasa pembinaan, ke fasa pengempangan dan operasi. Kesan yang ketara adalah terhadap perubahan bilangan spesies dan corak pergerakan hidupan liar pada fasa pembangunan yang berlainan. Plan pengurusan hidupan yang berkesan sangat diperlukan supaya kesan pembangunan empangan terhadap hidupan liar lebih lestari.
Notes: Tesis ini tidak ada "Perakuan tesis Sarjana / Doktor Falsafah"
Pages: 259
Call Number: TK1081.N837 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782412
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan pembangunan projek hidroelektrik kepada mamalia bersaiz sederhana dan besar di Hulu Terengganu Terengganu.pdf
  Restricted Access
Partial781.36 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.