Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782407| Title: | Kesan ekstrak akuas buah Ficus Carica terhadap aras glukosa darah dan kesuburan serta proteomik sperma tikus jantan yang diaruh diabetes |
| Authors: | Puvaratnesh Subranabiam (P89018) |
| Supervisor: | Mahanem Mat Noor, Dr. |
| Keywords: | Fig Blood glucose Proteomics Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 8-Aug-2019 |
| Abstract: | Ficus carica merupakan herba yang mempunyai banyak potensi dalam bidang perubatan sebagai agen anti-oksidan, anti-kanser dan anti-hiperglisemia serta dapat merawat pelbagai penyakit. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan ekstrak akuas buah F.carica terhadap aras glukosa darah dan parameter kesuburan tikus jantan teraruh streptozotocin (n=24) bagi tempoh masa rawatan selama 14 hari (kumpulan I) dan 21 hari (kumpulan II). Setiap kumpulan tersebut terbahagi kepada empat sub kumpulan (n=6) yang terdiri daripada kumpulan kawalan normal, kawalan negatif (tikus diabetik tanpa rawatan) dan kawalan positif (tikus diabetik dengan rawatan metformin) serta kumpulan tikus diabetik yang diberi rawatan ekstrak buah F. carica dengan dos 400 mg/kg. Bagi parameter kualiti sperma, semua tikus kajian telah dikorbankan selepas tamat tempoh rawatan yang ditetapkan pada hari ke-15 dan ke- 22.Kumpulan tikus yang dirawat dengan ekstrak akuas F. carica telah menunjukkan penurunan aras glukosa darah yang signifikan berbanding kumpulan kawalan negatif selepas perlakuan selama 14 dan 21 hari. Seterusnya, kualiti sperma tikus rawatan F. carica didapati meningkat secara signifikan sekiranya dibandingkan dengan kumpulan kawalan negatif yang tidak menerima sebarang rawatan. Seperti yang dijangkakan, ujian libido yang dijalankan pada tikus kumpulan rawatan selepas tempoh rawatan selama 14 dan 21 hari menunjukkan perubahan yang positif iaitu peningkatan frekuensi pemanjatan dan pengurangan masa latensi pemanjatan dengan signifikan berbanding tikus kawalan negatif. Selain itu ekstrak F. carica didapati berjaya meningkatkan tahap hormon testosteron tikus kumpulan rawatan berbanding tikus kawalan negatif bagi kedua-dua tempoh kajian. Histologi testis tikus menunjukkan penambahbaikan yang ketara bagi kumpulan perlakuan F. carica berbanding tikus kawalan negatif dan positif dimana kepadatan spermatozoa lumen tubul seminiferus adalah lebih tinggi. Akhir sekali, analisis proteomik sperma tikus telah menunjukkan bahawa ekstrak F. carica mampu meningkatkan ekspresi protein sperma yang terlibat dalam sistem reproduktif tikus. Kesimpulannya, ekstrak akuas F. carica didapati berpotensi sebagai agen anti-diabetik serta mampu meningkatkan parameter kesuburan dan libido tikus jantan teraruh diabetes. |
| Notes: | Tesis ini tidak ada " Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah " |
| Pages: | 155 |
| Call Number: | QK495.M73.P838 2020 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782407 |
| Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Kesan ekstrak akuas buah Ficus Carica terhadap aras glukosa darah dan kesuburan serta proteomik sperma tikus jantan yang diaruh diabetes.pdf Restricted Access | Partial | 586.8 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.