Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782100
Title: Faktor risiko jangkitan melioidosis : kajian kes kawalan di negeri-negeri terpilih di Semenanjung Malaysia
Authors: Nurnajayati Omar (P72996)
Supervisor: Noor Hassim Ismail, Prof. Dr.
Sharifah Ezat Wan Puteh, Prof. Dr.
Khebir Verasahib, Dr.
Keywords: Public health
Research
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 21-Nov-2019
Abstract: Penyakit melioidosis adalah endemik di Malaysia. Melioidosis boleh dijangkiti melalui pendedahan secara langsung kepada persekitaran seperti tanah dan air semulajadi yang dicemari bakteria Burkholderia pseudomallei. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan faktor- faktor risiko jangkitan penyakit melioidosis. Satu kajian kes kawalan berpadanan membandingkan antara 100 pasangan kes dan kawalan telah dijalankan di empat buah negeri iaitu Pahang, Terengganu, Kedah dan Perlis. Faktor yang dikaji ialah sosiodemografi, sosioekonomi, etnik, tahap pendidikan, pekerjaan, amalan merokok dan mengambil alkohol, status kesihatan, amalan mengambil ubatan tradisional, menerima rawatan steroid, aktiviti harian melibatkan tanah dan air, pendedahan terhadap persekitaran semasa hujan, pendedahan terhadap debu di persekitaran, sumber air untuk aktiviti harian serta pengetahuan dan amalan terhadap penyakit melioidosis. Analisis bivariabel mendapati faktor-faktor yang meningkatkan risiko jangkitan adalah mempunyai komorbiditi, mengidap penyakit diabetes melitus, merokok, melakukan aktiviti harian yang melibatkan aktiviti air, kejadian tersedut air tidak terawat, bilangan hari melakukan aktiviti melibatkan tanah dalam seminggu dan tempoh masa di lapangan sehari (jam), tempoh masa setiap kali melakukan aktiviti air dalam seminggu dan tempoh masa aktiviti air sehari (jam), bilangan hari terdedah kepada debu di persekitaran dalam seminggu, tempoh masa setiap kali terdedah kepada debu di persekitaran (minit), bilangan hari terdedah kepada hujan dalam seminggu dan tempoh masa pendedahan pesakit kepada persekitaran semasa hujan(minit) (p<0.05). Hasil analisis Ujian Regresi Logistik Kondisional mendapati hanya pesakit yang mempunyai penyakit diabetes melitus (Nisbah ods terlaras 30.02, 95% Selang keyakinan 5.782-155.846, p<0.0001), tempoh masa di lapangan sehari (jam) untuk aktiviti melibatkan tanah (Nisbah ods terlaras 1.38, 95% Selang keyakinan 1.073-1.777, p=0.012) dan tempoh masa terdedah kepada hujan (minit) (Nisbah ods terlaras 4.54, 95% Selang keyakinan 1.352-15.261, P=0.014) adalah faktor peramal kepada jangkitan penyakit melioidosis. Kajian ini menunjukkan tiga faktor utama yang mempunyai perkaitan signifikan dengan jangkitan penyakit melioidosis ialah diabetes melitus, tempoh masa terdedah kepada hujan (minit) dan tempoh masa di lapangan sehari (jam) semasa melakukan aktiviti melibatkan tanah.
Pages: 193
Call Number: WA20.5.N974f 2019 9HUKMPRA tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782100
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Faktor risiko jangkitan melioidosis kajian kes kawalan di negeri-negeri terpilih di Semenanjung Malaysia.pdf
  Restricted Access
Full-text5.31 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.