Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782095
Title: Menambahbaik pengurusan diabetes mellitus jenis 2 melalui aplikasi mudah alih: pendekatan reka bentuk berpusatkan pesakit dalam pembangunan dan pengesahan prototaip
Authors: Nur Shahirah Mohamed Yasin (P112752)
Supervisor: Tuan Mazlelaa Binti Tuan Mahmood, Dr.
Ernieda Binti Md Hatah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Diabetes Mellitus, Type 2
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Sep-2025
Abstract: Pembangunan aplikasi berasaskan multimedia interaktif merupakan pendekatan penting dalam pendidikan kesihatan yang berkesan bagi pengurusan Diabetes Mellitus Jenis 2 (T2DM), dengan perspektif pesakit sebagai asas utama dalam proses reka bentuk. Walaupun aplikasi mudah alih T2DM telah terbukti secara global berupaya meningkatkan hasil klinikal dan tahap pematuhan pesakit, ciri khusus yang menentukan keberkesanan sebenar masih kurang jelas. Kajian ini bertujuan untuk menambahbaik pengurusan T2DM dengan mengenal pasti perspektif pesakit, menganalisis ciri aplikasi sedia ada, dan membangunkan serta mengesahkan aplikasi prototaip mudah alih yang bersesuaian dengan konteks tempatan. Kajian ini dilaksanakan dalam tiga peringkat utama. Fasa pertama merupakan kajian kualitatif yang meneliti keperluan pendidikan dan keutamaan pesakit melalui temubual, yang menekankan keperluan kepada bahan pendidikan visual, kandungan praktikal, serta ciri interaktif sokongan kesihatan. Fasa kedua melibatkan tinjauan skop aplikasi T2DM yang tersedia secara komersial. Analisis mendapati aplikasi sedia ada memberi tumpuan kepada pemantauan kendiri seperti tahap glukosa darah dan berat badan, namun kekurangan aspek penting termasuk pemantauan pengambilan ubat, sokongan psikologi, pendidikan penyakit yang komprehensif, serta jaminan privasi data. Fasa ketiga menumpukan kepada pembangunan dan pengesahan prototaip aplikasi. Penilaian oleh enam pakar kesihatan menunjukkan tahap kebolehgunaan yang tinggi, dengan 95% skor menandakan tiada isu kebolehgunaan, manakala hanya 3% isu kecil dan 2% isu kosmetik yang tidak menjejaskan fungsi asas. Penerimaan pesakit dinilai menggunakan Model Penerimaan Teknologi (TAM) dan Model Kepercayaan Kesihatan (HBM) melibatkan 30 pesakit T2DM di Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Hasil analisis menunjukkan tahap penerimaan yang tinggi (min = 4.11, SD = 0.4, α Cronbach = 0.98) dengan konstruk utama TAM seperti Kegunaan yang Dirasakan (PU) (min = 4.11, SD = 0.37) dan Kemudahan Penggunaan yang Dirasakan (PEOU) (min = 4.13, SD = 0.49) mencatatkan skor positif. HBM pula menunjukkan kebolehpercayaan yang memuaskan (α = 0.70), dengan skor purata bagi Faedah Yang Dirasakan (PB) adalah 3.9 (SD = 0.33) manakala Kesan Sampingan Yang Dirasakan (PSE) (min = 2.29, SD = 0.57) pada tahap sederhana. Secara keseluruhannya, dapatan ini mengesahkan bahawa aplikasi prototaip yang dibangunkan mempunyai potensi tinggi untuk menyokong pengurusan kendiri T2DM melalui gabungan reka bentuk mesra pengguna, fungsi praktikal, dan penerimaan pesakit. Kajian ini juga membuka ruang kepada amalan farmasi inovatif serta pembangunan polisi kesihatan digital yang lebih inklusif, mampan, dan berkesan
Notes: e-tesis
Pages: 200
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782095
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Menambahbaik pengurusan diabetes mellitus jenis 2.pdf
  Restricted Access
Full-text2.62 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.