Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782049| Title: | Kesan pemakaian kanta Defocus Incorporated Multiple Segments (DIMS) selama 36 bulan terhadap fungsi penglihatan binokular dalam kalangan murid sekolah melayu miop |
| Authors: | Nur Adibah Yahaya (P132541) |
| Supervisor: | Bariah Mohd Ali, Prof. Dr. Norliza Mohamad Fadzil, Dr. Mizhanim Mohamad Shahimin, Dr. |
| Keywords: | Vision, Binocular Myopia Contact Lenses Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 9-Sep-2025 |
| Abstract: | Miopia adalah masalah kesihatan awam global, yang jika tidak dikawal boleh mengakibatkan penyakit okular serius dan kebutaan. Intervensi kawalan miopia dalam kalangan kanak-kanak menggunakan kanta kacamata khas seperti Defocus Incorporated Multiple Segments (DIMS) didapati berkesan. Namun reka bentuknya menggunakan kanta positif defokus kecil (lenslet) di bahagian periferi berkemungkinan menganggu fungsi penglihatan binokular (BV) dan keselesaan pemakai. Kajian terdahulu di UKM menunjukkan terdapat perubahan fungsi BV selepas 12 bulan memakai kanta DIMS, namun ianya tidak signifikan secara klinikal. Kajian ini merupakan kajian lanjutan yang menilai kesan pemakaian kanta DIMS untuk jangka panjang ke atas fungsi BV kanak-kanak miop. Seramai 23 murid miop berusia 9.87±1.46 tahun dengan fungsi BV normal telah mengambil bahagian dan memakai kanta DIMS sekurang-kurangnya 10 jam sehari selama 36 bulan. Pengukuran dilakukan pada bulan ke-24 dan ke-36, merangkumi ralat refraksi sikloplegik, panjang aksial (AL), serta akuiti visual kontras tinggi (HCVA) dan rendah (LCVA). Parameter vergens termasuk titik dekat konvergens (NPC), stereopsis, foria, vergens lakuran negatif/positif (NFV/PFV), dan dispariti fiksasi (FD). Parameter akomodasi termasuk amplitud akomodasi (AA), akomodasi lamban, relatif akomodasi negatif/positif (NRA/PRA). Interaksi vergens-akomodasi dinilai melalui nisbah Akomodasi Konvergens kepada Akomodasi (AC/A). Dapatan kajian mendapati dari awal kajian hingga 36 bulan, SER meningkat sebanyak -0.64 ± 0.65 D, AL bertambah sebanyak 0.39 ± 0.29 mm (p<0.001), manakala HCVA dan LCVA bertambah baik (p<0.001). Terdapat perubahan signifikan fungsi BV iaitu penurunan NPC (p<0.001), peningkatan NFV dan PFV jauh (pecah dan pulih) (p<0.05), peningkatan stereopsis dan nisbah AC/A (p<0.001), serta penurunan AA, akomodasi lamban dan NRA (p<0.001). Graf Donders menunjukkan terdapat interaksi vergens-akomodasi selepas 36 bulan memakai kanta DIMS. Walau bagaimanapun tiada simptom astenopik yang dilaporkan. Kesimpulannya, pemakaian kanta DIMS selama 36 bulan mempengaruhi fungsi BV tetapi tidak menyebabkan simptom astenopik. Kanta DIMS sesuai dan selamat digunakan untuk pengurusan kawalan miopia dalam kalangan kanak-kanak miop dengan fungsi BV normal. Namun, pemantauan foria, AA dan NPC secara berkala disarankan bagi memastikan fungsi BV sentiasa optimum bagi mengekalkan keselesaan penglihatan semasa memakai kanta DIMS. |
| Notes: | e-tesis |
| Pages: | 138 |
| Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782049 |
| Appears in Collections: | Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Kesan pemakaian kanta Defocus Incorporated Multiple Segments.pdf Restricted Access | Full-text | 2.56 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.