Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782047
Title: Pemprofilan berasaskan spektroskopi resonans magnetik proton nuclear (1H NMR) bagi perubahan metabolit dalam kalangan wanita obes dan berlebihan berat badan selepas intervensi gaya hidup
Authors: Fatin Saparuddin (P129592)
Supervisor: Razinah Sharif@Mohd Sharif, Prof. Madya Dr.
Ahmed Mediani, Dr.
Nur Fadilah Rajab, Prof. Dr.
Keywords: Obesity
Overweight
Magnetic Resonance Imaging
Life Style
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Aug-2025
Abstract: Wanita dengan obesiti cenderung mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidap penyakit kronik, dan dua fenotip obesiti utama iaitu obes sihat secara metabolik (MHO) dan obes tidak sihat secara metabolik (MUO) mempunyai ciri-ciri metabolik yang berbeza yang mungkin mempengaruhi tindak balas terhadap intervensi gaya hidup. Mengkaji perbezaan dalam profil metabolit antara wanita MHO dan MUO serta perubahannya terhadap intervensi gaya hidup dapat menambah pemahaman tentang pengawalan metabolik dalam populasi ini. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mencirikan perbezaan metabolit wanita MHO dan MUO pada garis dasar serta memerhati bagaimana profil ini berubah selepas enam bulan intervensi gaya hidup. Wanita MHO dan MUO menjalani intervensi gaya hidup selama 6 bulan yang terdiri daripada aktiviti fizikal dan intervensi diet di beberapa flat kos rendah sekitar Kuala Lumpur pada tahun 2015 dan sampel serum kesemua peserta disimpan pada suhu -80°C sehingga dianalisis. Sebanyak 36 sampel serum MHO dan 34 serum MUO telah dipilih secara rawak. Analisis metabolomik tidak bersasar dijalankan menggunakan spektroskopi resonans magnetik proton nuklear (¹H NMR) pada garis dasar dan selepas intervensi. Parameter antropometrik, klinikal, dan pengambilan diet dinilai pada keduadua titik masa. Kedua-dua kumpulan menunjukkan profil metabolit yang berbeza pada garis dasar dan selepas intervensi. Selepas intervensi, pengurangan berat badan dan ukur lilit pinggang (WC) yang signifikan hanya dapat diperhatikan dalam kumpulan MUO, manakala tujuh metabolit iaitu trimetilamina-N-oksida (TMAO), arginin, ribosa, aspartat, karnitin, kolin dan tirosina menunjukkan perubahan yang signifikan antara kumpulan. Kesemuanya menunjukkan trend penurunan dalam kumpulan MHO. Hasil analisis perkaitan menunjukkan dalam kumpulan MUO, perubahan dalam tekanan darah sistolikdikaitkan dengan perubahan dalam ribosa, manakala perubahan dalam tekanan darah diastolikdikaitkan dengan perubahan dalam TMAO. Sementara itu, dalam kumpulan MHO, perubahan dalam WC dikaitkan dengan perubahan dalam tirosina. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa wanita dengan obesiti, khususnya mereka yang dikategorikan sebagai MHO dan MUO, mempunyai profil metabolit yang berbeza dan memberi tindak balas berbeza terhadap intervensi gaya hidup. Hubungan signifikan antara perubahan paras ribosa dan TMAO dengan tekanan darah dalam kalangan wanita MUO menyerlahkan peranan berpotensi metabolit ini dalam mengawal tekanan darah dalam kumpulan tersebut. Sementara itu, perkaitan antara tirosina dengan WC dalam kalangan wanita MHO mencadangkan peranan metabolisme asid amino yang mendasari obesiti sentral.
Notes: e-tesis
Pages: 161
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/782047
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pemprofilan berasaskan spektroskopi resonans.pdf
  Restricted Access
Full-text2.95 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.