Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781883| Title: | Analisis keperluan pembinaan modul bahasa Arab Qurani untuk pendidikan pemulihan pesalah juvana |
| Authors: | Mohd Taufik Ariffin (P101413) |
| Supervisor: | Suhaila Zailani@ Hj. Ahmad, Dr. |
| Keywords: | Qurʼan -- Language, style -- Study and teaching Arabic language -- Study and teaching Juvenile delinquents -- Rehabilitation Juvenile delinquents -- Education Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 4-Apr-2025 |
| Abstract: | Pelbagai kajian berkaitan modul pendidikan pemulihan telah dijalankan, namun dari aspek pembinaan modul bahasa Arab khusus untuk pendidikan pemulihan pesalah juvana tidak pernah dilakukan. Kajian terdahulu mendapati pesalah juvana yang menjalani proses pendidikan pemulihan memerlukan modul khas yang berasaskan al Quran sebagai pegangan hidup. Pelaksanaan program pemulihan menghadapi beberapa cabaran, termasuk bukan sahaja kekurangan guru tetapi juga isu infrastruktur dan kekurangan sumber pembelajaran. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti keperluan asas pendidikan pemulihan dalam kalangan pesalah juvana, mengesan pendekatan pembelajaran bahasa Arab yang bersesuaian untuk pendidikan pemulihan pesalah juvana dan menganalisis keperluan Modul bahasa Arab Qurani untuk pendidikan pemulihan pesalah juvana di Sekolah Agama (JAIM) Henry Gurney, Telok Mas, Melaka. Kajian ini bereka bentuk kaedah kualitatif. Instrumen temu bual separa berstruktur digunakan bagi mendapatkan data utama. Responden terdiri daripada 10 pesalah juvana, 10 Informan yang terdiri daripada Guru bahasa Arab dan Pegawai Psikologi di Sekolah Henry Gurney serta Pegawai Jabatan Penjara Malaysia (JPM), JAIM dan JAKIM yang terlibat secara langsung dalam pendidikan pemulihan pesalah juvana. Data kualititatif temu bual dianalisis menggunakan kaedah perisian Nvivo versi 1.71 mengikut kaedah tematik. Dapatan kajian ini memperoleh 11 tema berkaitan dengan pendidikan pemulihan pesalah juvana antaranya pemantapan kemahiran insaniah, pemantapan Kurikulum KAFA, pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif dan penerapan elemen keislaman dalam perlaksanaan modul. Selain itu, pesalah juvana memerlukan pendekatan modul khas berasaskan bahasa Arab Qurani yang boleh diguna pakai semasa menjalani proses pemulihan. Pesalah juvana juga didapati bersedia mengikuti pembelajaran bahasa Arab Qurani dengan menggunakan modul khas yang akan dibangunkan. Dapatan lain menunjukkan bahawa pembelajaran bahasa Arab menggunakan kurikulum Fardu Ain dan kelas agama (KAFA) perlu diubah dan ditingkatkan bagi memenuhi keperluan asas pendidikan pemulihan pesalah juvana. Diharap kajian dapat membantu pihak Jabatan Penjara Malaysia menyediakan modul bahasa Arab Qurani yang sesuai digunakan untuk pendidikan pemulihan pesalah juvana di Sekolah Henry Gurney. |
| Pages: | 237 |
| Call Number: | PJ6696.M68 2025 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781883 |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Analisis keperluan pembinaan modul bahasa Arab Qurani untuk pendidikan pemulihan pesalah juvana.pdf Restricted Access | Full-text | 2.98 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.