Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781820
Title: Sinergi sistem “Timber Legality Assurance System” (MYTLAS) dan “Malaysian Timber Certification Scheme” (MTCS) untuk pengurusan hutan lestari (SFM) di Semenanjung Malaysia
Authors: Rohaiza Abdul Kadir Zailani (P113872)
Supervisor: Ahmad Fariz Mohamed, Prof. Dr.
Shaharudin Mohamad Ismail, Dato'
Keywords: Forest certification -- Malaysia.
Sustainable forestry -- Malaysia.
Forest management -- Malaysia.
Forest policy -- Malaysia.
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 15-Oct-2025
Abstract: Tesis ini menilai potensi pelaksanaan sinergi antara dua sistem pensijilan utama dalam sektor perhutanan Malaysia, iaitu Malaysian Timber Legality Assurance System (MyTLAS) dan Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS – Sustainable Forest Management, SFM). Pelaksanaan kedua-dua sistem ini di Semenanjung Malaysia sering berlaku secara berasingan dan dikendalikan oleh agensi yang berbeza, iaitu Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC). Keadaan ini telah menimbulkan isu pertindihan dalam proses audit, dokumentasi dan pemantauan yang memberi beban tambahan kepada pihak industri dan pelaksana. Tesis ini menggunakan pendekatan kaedah campuran yang melibatkan soal selidik terhadap syarikat yang mempunyai pensijilan serta temu bual separa berstruktur bersama pegawai agensi pelaksana. Kaedah analisis dokumen persijilan dan laporan audit telah digunakan untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan dalam prinsip serta prosedur pelaksanaan kedua-dua sistem. Lokasi kajian adalah di negeri Pahang, melibatkan dua daerah utama iaitu Kuantan dan Temerloh. Dapatan menunjukkan bahawa wujud pertindihan yang signifikan dalam keperluan audit dan dokumentasi, dan industri menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan audit secara bersepadu. Tesis ini telah membangunkan satu kerangka sinergi pelaksanaan yang mengandungi lima komponen utama: penyelarasan piawaian audit, jawatankuasa pelaksana bersama, sistem data digital, latihan silang juruaudit, dan pelabelan produk sinergi. Hasil tesis ini dijangka menyumbang kepada penambahbaikan dasar pensijilan negara dan memperkukuh tadbir urus pengurusan hutan tropika secara lebih cekap dan lestari.
Pages: 136
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781820
Appears in Collections:Institute for Environment and Development / Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.