Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781806
Title: Antioksidan, kesitotoksikan dan pemprofilan metabolit bioaktif dalam tempe konvensional dan tempe organik
Authors: Nurul Syahidah Mio Asni (P119815)
Supervisor: Nurkhalida Kamal, Dr.
Keywords: Tempeh — Analysis
Antioxidants — Analysis
Bioactive compounds — Analysis
Soyfoods — Microbiology
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 21-Oct-2025
Abstract: Tempe ialah produk kacang soya yang kaya nutrien dan terkenal dengan sifat antioksidannya. Kebimbangan terhadap sisa racun dalam produk konvensional telah meningkatkan permintaan terhadap produk soya organik termasuk tempe. Namun, kajian mengenai perbezaan metabolit bioaktif antara tempe organik dan konvensional selepas pencernaan dan potensi biologinya masih terhad. Kajian ini menilai profil metabolit bioaktif dan potensi antioksidan serta kesitotoksikan tempe organik selepas simulasi pencernaan in vitro gastro-usus. Kacang soya konvensional (SK), tempe konvensional (TK), digesta tempe konvensional (DTK), kacang soya organik (SO), tempe organik (TO) dan digesta tempe organik (DTO) telah dianalisis dimana analisis HPLC-HRMS digunakan untuk mengenal pasti metabolit secara putatif melalui GNPS dan SIRIUS bersama analisis multivariat.Digesta tempe organik menunjukkan jumlah fenolik (DTK = 22.55 ± 0.73 µg GAE/g; DTO = 41.36 ± 2.52 µg GAE/g) dan flavonoid (DTK = 4.64 ± 0.57 µg QE/g; DTO = 10.06 ± 0.47 µg QE/g) lebih tinggi berbanding digesta tempe konvensional. Tiada perbezaan ketrara dalam biokebolehcapaian fenolik (TK = 74.77% ± 2.18; TO = 59.20% ± 1.42) dan flavonoid (TK = 49.4% ± 3.20; TO = 57.52% ± 2.11) antara kedua-duanya. Selain itu, tempe menunjukkan aktiviti antioksidan lebih tinggi berbanding kacang soya dan digesta tempe organik menunjukkan aktiviti antioksidan tertinggi. Tiada aktiviti kesitotoksikan berkesan dikesan pada kepekatan 1 mg/mL terhadap sel HCT-116. Sebanyak 32 metabolit dikenal pasti (VIP > 1.5, log₂FC > 1, p < 0.05), termasuk 19 asid lemak, 9 fenolik dan 4 asid amino. Metabolit utama yang memisahkan digesta tempe ialah vaksenat, asid 8,11,15- dan 11,13,15-oktadekatrienoik, linoleamida, aldehid dan alkohol linolenil, manakala kolina, daidzein dan genistein membezakan ekstrak tempe. Sebanyak 21 metabolit berkorelasi positif dengan aktiviti antioksidan. Rangkaian molekul mengenal pasti 12 isoflavon utama seperti daidzein dan genistein bersama derivatif malonil dan asetilnya. Digesta tempe organik mengandungi lebih banyak isoflavon aglikon dengan biokebolehcapaian lebih baik. Secara keseluruhan, digesta tempe organik menunjukkan profil metabolit bioaktif dan aktiviti antioksidan yang lebih tinggi yang menjadikan tempe organik berpotensi sebagai makanan fungsian dengan kebolehcapaian nutrisi dan manfaat antioksidan yang lebih baik.
Pages: 160
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781806
Appears in Collections:Institute of Systems Biology / Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Antioksidan kesitotoksikan dan pemprofilan metabolit bioaktif dalam tempe konvensional dan tempe organik.pdf
  Restricted Access
Full-text3.09 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.