Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781718
Title: Kesan suplementasi minyak kelapa dara dan tokotrienol sawit ke atas parameter lipid dan hepar pada model tikus pascamenopaus
Authors: Norhayati Aida Sulaiman (P75131)
Supervisor: Qodriyah Haji Mohd Saad, Prof. Madya. Dr.
Azman Abdullah, Prof. Madya. Dr.
Sahema @ Zar Chi Thent, Dr.
Keywords: Pharmacology
Research
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-Apr-2019
Abstract: Penghasilan spesies oksigen reaktif (ROS) yang berlebihan di dalam tubuh menyumbang kepada berlakunya pelbagai masalah kesihatan. Kewujudan minyak kelapa dara (VCO) dan tokotrienol (TT) sawit yang kaya dengan antioksidan dilihat berpotensi mengurangkan kerosakan oksidatif pada pelbagai keadaan patologi. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan suplementasi VCO dan TT sawit terhadap parameter lipid dan kerosakan hepar tikus. Sebanyak 56 ekor tikus betina Sprague Dawley dibahagikan kepada tujuh kumpulan, iaitu satu kumpulan sham dan enam kumpulan ovariektomi (kawalan, V1, V2, TT, V1 + TT dan V2 + TT). Pelet biasa diberikan kepada tikus kumpulan sham manakala diet 5 kali pemanasan minyak sawit (5HPO) dan kolesterol 2% diberikan kepada kumpulan ovariektomi sepanjang tempoh kajian. Suplementasi V1 (VCO 1.43 ml/kg), V2 (VCO 4.29 ml/kg), TT (30 mg/mg), V1 + TT (VCO 1.43 ml/kg + TT 30 mg/kg) dan V2 + TT (VCO 4.29 ml/kg + TT 30 mg/kg) diberikan secara paksaan oral selama 24 minggu. Hasil kajian mendapati purata pengambilan makanan, berat hepar dan berat lemak viseral semua kumpulan ovariektomi menurun secara signifikan berbanding kumpulan kawalan. Aras malondialdehid (MDA) dan HMG-KoA reduktase semua kumpulan ovariektomi adalah lebih rendah secara signifikan berbanding kumpulan kawalan. Suplementasi V1, V2 dan V1 + TT didapati kurang menurunkan aras lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) berbanding kumpulan TT dan V2 + TT. Kumpulan suplementasi V1 kurang meningkatkan aras lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) berbanding kumpulan ovariektomi yang lain. Kumpulan V2 dan TT lebih menurunkan aras kolesterol total berbanding kumpulan V1, V1 + TT dan V2 + TT. Semua kumpulan ovariektomi didapati menurunkan aras trigliserida secara signifikan berbanding kumpulan kawalan. Sementara itu, suplementasi V2 + TT didapati lebih meningkatkan aras ApoA berbanding kumpulan kawalan dan ovariektomi yang lain. Suplementasi kombinasi V1 + TT dan V2 + TT lebih menurunkan aras ApoB berbanding kumpulan V1, V2, TT dan kawalan. Suplementasi V1 + TT dan V2 + TT menurunkan aras alanin aminotransferase (ALT) serum secara signifikan berbanding kumpulan ovariektomi yang lain. Suplementasi V1 dan TT menurunkan aras aspartat aminotransferase (AST) secara signifikan berbanding kumpulan ovariektomi yang lain. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan signifikan pada aras fosfatase alkali (ALP) antara semua kumpulan. Pemerhatian histologi dan analisa semikuantitatif mendapati suplementasi TT lebih mengurangkan bilangan steatosis makro, steatosis mikro, inflamasi dan nekrosis di dalam tisu hepar berbanding kumpulan ovariektomi yang lain. Kesimpulannya, tiada perbezaan antara kedua-dua suplementasi mono dengan kombinasi VCO dan TT kerana setiap suplementasi memberikan kesan perlindungan yang lebih baik tetapi berbeza terhadap setiap parameter lipid dan hepar.
Pages: 165
Call Number: QV20.5.N839k 2019 9HUKMPRA tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781718
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan suplementasi minyak kelapa dara dan tokotrienol sawit ke atas parameter lipid dan hepar pada model tikus pascamenopaus.pdf
  Restricted Access
Full-text3.15 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.