Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781674
Title: Elisitasi keperluan menggunakan teknik hibrid dan pendekatan kaedah lean six sigma(comresst) di dalam pembangunan perisian
Authors: Narishah Mohamed Salleh (P93274)
Supervisor: Puteri Nor Ellyza, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Software requirement engineering
Kejuruteraan Keperluan perisian
Issue Date: 8-Dec-2020
Abstract: Kejuruteraan Keperluan perisian ialah proses yang komplek kerana ia melibatkan integrasi di antara logik akal manusia, algoritma dan proses yang melibatkan aliran struktur organisasi. Proses yang paling kritikal dalam pembuatan aplikasi perisian adalah proses menterjemahkan apa yang perlu dibina dalam sesebuah aplikasi dalam satu bentuk yang boleh di fahami di antara pengguna dengan jurutera perisian dimana proses tersebut dikenali sebagai Elisitasi Keperluan (RE). Jika dikendalikan dengan baik, risiko kegagalan untuk menghasilkan sesebuah aplikasi dapat diminimumkan. Keperluan yang tidak lengkap dan kekurangan penglibatan pengguna adalah faktor utama kepada kegagalan RE berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Standish Report 2015. Oleh itu, peningkatan dalam proses RE dan teknik melalui proses perdebatan panjang di kalangan penyelidik untuk menghasilkan keperluan aplikasi yang komprehensif dan boleh digunapakai. Prinsip Lean Six Sigma (LSS) dalam proses pembangunan perisian sebagai satu kaedah baharu yang mana prinsip pengurusan yang sistematik telah digunapakai dalam menyelesaikan masalah dalam bidang korporat, pembuatan dan rangkaian bekalan kejuruteraan dipelbagai jenis industri. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa, proses elisitasi keperluan memerlukan penganalisis yang berpengalaman dari kedua dua belah pihak dalam satu-satu subjek. Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan satu rangka kerja RE hibrid yang digabungkan dengan alatan kualiti LSS sebagai salah satu kaedah untuk memperolehi keperluan perisian tertentu tanpa kehadiran pengguna pada tahap awal keperluan kejuruteraan spesifikasi. Rangka kerja ini dipertingkatkan dengan menggunakan gabungan teknik RE konvensional dengan kaedah LSS yang memfokuskan pada penggunaan alat-alat pengurusan kualiti daripada fasa “Tentukan” (Define) dan “Ukur” (Measure). Rangka kerja ini dikenali sebagai COMRESST. Fasa pertama adalah proses untuk memahami permasalahan yang dihadapi onleh pengguna dalam sesebuah organisasi dengan menggabungkan teknik konvesional; Analisa dokumentasi dengan alat pengurusan kualiti dari fasa “Tentukan”. Fasa kedua dalam rangka kerja ini membabitkan proses solusi iaitu percadangan spesifikasi keperluan perisian secara umum. Proses ini menggabungkan teknik “7 Waste in Lean” dan lain-lain alat pengurusan kualiti dari fasa “Ukur”. Lembaran Prototaip di perkenalkan sebagai satu kaedah pengesahan keperluan aplikasi bagi memberi gambaran kepada pengguna tentang aplikasi sistem yang akan dibangunkan. Kaedah instrumentasi untuk pengumpulan data adalah dengan menggunakan kaedah Heuristik Penilaian Kaedah Kebolehgunaan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif untuk menganalisa data. Analisis kuantitatif menunjukkan bukti ketara dalam peningkatan produktiviti elisitasi kitaran dan juga bilangan kitaran iteratif menggunakan rangka kerja COMRESST. Analisis tematik daripada pendekatan kualitatif membentuk tiga tema utama yang berkaitan dengan pengalaman kebolehgunaan dalam melihat kegunaan, kemudahan melihat penggunaan dan niat penggunaan. Keberhasilan data dari temuduga menunjukkan pakar-pakar penganalisa lebih cenderung memilih penggunaan COMRESST dalam proses elisitasi keperluan untuk projek-projek seterusnya. Sumbangan kajian ini adalah untuk menambah pengetahuan baru dalam teknik RE dan bagaimana mengadaptasikan kaedah penggunaan LSS sebagai pendekatan alternatif dalam proses pengumpulan keperluan bagi sesebuah perisian.
Description: Full-text
Notes: CD tesis
Pages: 323
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781674
Appears in Collections:Institute of Visual Informatics/ Institut Informatik Visual (IVI)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
12.Elisitasi keperluan menggunakan teknik hibrid dan pendekatan kaedah lean six sigma(comresst) di dalam pembangunan perisian.pdf
  Restricted Access
Full-text4.63 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.