Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781627
Title: Perlaksanaan service-learning ke atas pelajar Fakulti Pengajian Islam UKM
Authors: Norain Azlan (P93602)
Supervisor: Najah Nadiah Amran, Dr.
Hamdi Ishak, Dr.
Keywords: Service learning
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 7-Sep-2020
Abstract: Service-Learning adalah kaedah pembelajaran yang membuka ruang kepada pelajar untuk aplikasikan pembelajaran di dalam kuliah melalui khidmat masyarakat. Antara persoalan yang ditimbulkan adalah berkaitan keberkesanan kaedah pembelajaran tersebut dalam membantu pelajar mengaplikasikannya di lapangan masyarakat serta peranan pengalaman pembelajaran dalam pembentukan akhlak Muslim. Service-Learning dipercayai bukan sahaja memberi impak kepada pembangunan intelektual bahkan ia melatih semangat keislaman pelajar melalui khidmat untuk masyarakat. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti konsep Service-Learning menurut Islam dan Barat, tahap perlaksanaan amalan Service-Learning yang telah dijalani oleh pelajar Fakulti Pengajian Islam, UKM serta impak perlaksanaan amalan tersebut terhadap mereka. Bagi mencapai tujuan kajian ini, satu kajian kuantitatif telah dijalankan ke atas 265 orang sampel yang telah terlibat dengan aktiviti Service-Learning dari tahun 2016 hingga 2019. Kajian ini dijalankan melalui pengedaran satu set soalan soal selidik yang telah dibina dan diubah suai. Data soal selidik dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 22.0 yang memfokuskan kepada analisis secara deskriptif. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap perlaksanaan Service-Learning dan impak perlaksanaan amalan pembelajaran tersebut ke atas responden berada pada tahap yang tinggi. Kajian juga mendapati, perlaksanaan Service-Learning di FPI, UKM memberi impak kepada pelajar dari aspek (a) peningkatan pembelajaran dan pengetahuan (b) perubahan sikap yang positif (c) pembentukan kemahiran sosial serta (d) penerapan nilai-nilai murni. Implikasi kajian ini juga mencadangkan satu model Service-Learning FPI, UKM dihasilkan. Kajian mencadangkan agar amalan pembelajaran ini diterapkan kepada semua pelajar FPI, UKM bagi mencapai tujuan keberhasilan program dan fakulti untuk melahirkan graduan Muslim yang tersedia dalam mendepani masyarakat global.
Pages: 203
Call Number: LC220.5.N646 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781627
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Perlaksanaan service learning ke atas pelajar Fakulti Pengajian Islam UKM.pdf
  Restricted Access
Full-text2.31 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.