Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781377| Title: | Tahap penerimaan masyarakat terhadap tarekat di Negeri Sembilan |
| Authors: | Muhammad Asyraf Mohd Azlin (P89985) |
| Supervisor: | Faudzinaim Hj Badaruddin, Prof. Madya Dr. |
| Keywords: | Sufism -- Malaysia -- Negeri Sembilan Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 20-May-2020 |
| Abstract: | Negeri Sembilan dilihat sebagai sebuah negeri yang terkehadapan mengenai institusi tarekat daripada pelbagai sudut terutamanya undang-undang berkaitan tarekat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang timbul seperti penyelewengan dan kesesatan institusi tarekat, persepsi negatif masyarakat serta beberapa isu lain yang menyebabkan institusi tarekat dipandang serong. Oleh itu, beberapa langkah telahpun diambil oleh pihak berautoriti dan institusi tarekat itu sendiri seperti penubuhan enakmen, kewujudan Jilsah al-Ṭurūq al-Ṣūfiyyah, dan usaha yang lain bagi memelihara institusi tarekat. Usaha yang ditunjukkan ini sudah tentu akan mempengaruhi penerimaan masyarakat terhadap tarekat ke arah yang lebih baik. Justeru itu, kajian ini mempunyai empat objektif utama. Pertama, mengenalpasti tahap pengetahuan masyarakat terhadap tarekat. Kedua, menganalisis kefahaman masyarakat terhadap tarekat. Ketiga, melihat sejauh mana tahap penerimaan masyarakat terhadap tarekat. Keempat, mengkaji faktor utama yang mendorong kepada penerimaan masyarakat terhadap tarekat. Kajian ini dilakukan dengan kaedah kuantitatif secara numerik. Kajian berbentuk tinjauan ini memilih Negeri Sembilan sebagai lokasi kajian kerana berdasarkan perkembangan institusi tarekat di negeri ini. Borang soal selidik digunakan untuk mencari tahap sebenar penerimaan masyarakat Islam terhadap institusi tarekat di Negeri Sembilan. Seramai 384 orang responden yang terdiri daripada pelbagai umur, daerah dan jantina dianalisis datanya. Data yang diperoleh, dianalisis secara deskriptif dengan bantuan Statistical Package for Social Science (SPSS) version 23 untuk mendapat hasil dapatan kajian yang tepat. Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat Negeri Sembilan mempunyai asas pengetahuan tarekat yang tinggi dengan capaian min sebanyak 4.05. Manakala tahap pemahaman masyarakat terhadap tarekat turut mencapai tahap min yang tinggi iaitu 3.95 min. Begitu juga pada objektif ketiga iaitu melihat kepada tahap penerimaan masyarakat mendapat min tinggi sebanyak 3.88 min. Walaupun begitu, faktor-faktor yang mendorong kepada tahap penerimaan masyarakat mendapat min yang sederhana iaitu 3.44 min. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan tahap penerimaan yang positif di kalangan masyarakat Negeri Sembilan terhadap tarekat. Implikasi kajian ini menunjukkan perlunya kepada pemerkasaan daripada institusi tarekat serta pihak bertanggungjawab dalam menjaga kesucian institusi ini. |
| Pages: | 106 |
| Call Number: | BP188.8.M42N436 2020 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781377 |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Tahap penerimaan masyarakat terhadap tarekat di Negeri Sembilan.pdf Restricted Access | Full-text | 1.36 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.