Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781373| Title: | Peranan Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa dalam pengurusan risiko kecairan perbankan Islam |
| Authors: | Nurun Nazirah Md Yusop (P81616) |
| Supervisor: | Mohd Hafiz Safiai, Dr. Azlin Alisa Ahmad, Dr. |
| Keywords: | Banks and banking -- Risk management -- Islamic countries Banks and banking -- Religious aspects -- Islam Islamic banking Liquidity (Economics) Finance -- Religious aspects -- Islam Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 15-Dec-2020 |
| Abstract: | Pengurusan kecairan yang cekap dan efektif penting kepada institusi perbankan Islam bagi mencegah bank daripada mengalami risiko ketidakmampuan untuk memenuhi permintaan deposit. Namun bank akan menghadapi dilema sekiranya mempunyai lebihan dana kecairan dan tidak dilaburkan untuk menjana keuntungan. Rentetan daripada itu, penubuhan Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa (IILM) menjadi keperluan dalam menangani isu kecairan yang timbul dalam institusi perbankan Islam. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu dalam instrumen kecairan jangka pendek terbitan IILM dan kekaburan mengenai peranan IILM. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor penubuhan IILM dan isu-isu lain yang dihadapi oleh institusi perbankan Islam dalam pengurusan risiko kecairan. Kajian ini juga turut menganalisis peranan IILM dalam menambah baik pengurusan risiko kecairan institusi perbankan Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis kandungan sebagai kaedah pengumpulan data serta menganalisis data yang diperolehi melalui pendekatan deskriptif. Hasil kajian mendapati, terdapat pelbagai instrumen kecairan patuh Syariah yang sedia ada dalam pasaran kewangan Islam bagi menguruskan kecairan. Namun penggunaan konsep bayͨ al-dayn dan bayͨ al-ͨinah dalam struktur instrumen kecairan yang ditawarkan dalam pasaran menjadi pertikaian di kalangan sarjana Islam. Selain itu, IILM turut memainkan peranan penting dalam menambah baik pengurusan risiko kecairan dengan menerbitkan instrumen sukuk jangka pendek yang mampu memberi manfaat kepada institusi perbankan Islam. Sukuk ini juga memenuhi piawaian HQLA yang bertaraf A-1 daripada Standard and Poor’s Services serta didagangkan dalam mata wang rizab utama dolar Amerika. Implikasi kajian ialah dapat meningkatkan kecekapan tadbir urus pengurusan risiko kecairan serta mengurus keseimbangan antara aset dan liabiliti dalam perbankan Islam dengan lebih berkesan. |
| Pages: | 114 |
| Call Number: | HG3368.A6N837 2020 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781373 |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Peranan Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa dalam pengurusan risiko kecairan perbankan Islam.pdf Restricted Access | Full-text | 881.11 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.