Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781360
Title: Cabaran impak dan solusi pandemik Covid19 terhadap wanita bekerja dari rumah BDR
Authors: Nurhaziqah Hishamudin (P118431)
Supervisor: A’dawiyah Ismail, Prof. Madya Dr.
Keywords: COVID-19 Pandemic, 2020-2023 -- Psychological aspects -- Women
COVID-19 Pandemic, 2020-2023 -- Social aspects -- Women
Working mothers
Stay-at-home mothers
COVID-19 Pandemic, 2020-2023 -- Religious aspects -- Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 6-Jan-2025
Abstract: Wanita Bekerja dari Rumah (BDR) ketika pandemik COVID-19 mengalami kesukaran dalam menyeimbangkan tuntutan kerja dan tanggungjawab di rumah sebagai isteri, ibu dan anak. Komitmen wanita BDR dalam memenuhi tuntutan kerja dan tanggungjawab di rumah menyebabkan mereka tertekan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji konsep Bekerja dari Rumah (BDR), cabaran dan impak pandemik COVID-19 terhadap wanita BDR serta menganalisis solusi cabaran dan impak pandemik COVID-19 terhadap wanita BDR di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif manakala reka bentuk kajian ini pula adalah fenomenologi. Dapatan kajian diperolehi melalui temu bual menerusi perbincangan kumpulan fokus (FGD). Seramai 12 orang peserta kajian wanita BDR ketika pandemik COVID-19 dipilih dari zon utara, timur, tengah, selatan dan Borneo. Dapatan kajian dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti (versi 2023). Hasil kajian menunjukkan wanita BDR ketika pandemik menghadapi pelbagai cabaran dari aspek pengurusan kerja, pengurusan keluarga dan kesihatan diri. Manakala impak positif terhadap wanita BDR ketika pandemik seperti meningkatkan motivasi diri wanita, keyakinan berkomunikasi, menguruskan masa dengan baik, berpeluang bersama keluarga, beribadah dengan tenang di rumah, menyesuaikan diri dengan persekitaran digital, mengurangkan kerisauan wanita terhadap kesihatan keluarga ketika berada di rumah serta menguruskan tabiat berbelanja. Manakala impak negatif ialah menjejaskan interaksi sosial antara pekerja, berlaku konflik dalam rumah tangga, penutupan rumah ibadat, menjejaskan penglihatan mata wanita, berlaku perubahan fizikal dan mental wanita serta pendapatan organisasi merudum mempengaruhi pendapatan wanita. Kajian ini telah menemukan solusi kepada cabaran dan impak yang dihadapi oleh wanita BDR ketika pandemik COVID-19 iaitu kesediaan wanita BDR, sokongan keluarga, agama dan psikologi, pengurusan masa dan kerja, penambahbaikan infrastruktur, toleransi majikan serta agensi berautoriti. Kajian ini mencadangkan pembinaan Model Pengurusan Wanita Bekerja dari Rumah (BDR) menurut perspektif Islam bagi memperkasakan wanita bekerjaya yang fleksibel mengikut undang-undang di Malaysia. Implikasi kajian ini adalah wanita BDR dapat menyeimbangkan tanggungjawab sebagai pekerja, isteri, ibu atau anak dengan baik semasa atau selepas pandemik bagi memastikan kestabilan kehidupan wanita BDR.
Pages: 197
Call Number: RA644.C67N877 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781360
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Cabaran impak dan solusi pandemik covid19 terhadap wanita bekerja dari rumah BDR.pdf
  Restricted Access
Full-text2.33 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.