Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781359| Title: | Hadis hadis dalam wacana feminisme |
| Authors: | Siti Maryam Mohd Ali (P89978) |
| Supervisor: | Mazlan Ibrahim, Prof. Madya Dr. |
| Keywords: | Women in the Hadith Feminism -- Religious aspects -- Islam Women's right -- Religious aspects -- Islam Women in Islam Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 11-Feb-2025 |
| Abstract: | Feminisme merupakan sebuah kelompok aliran liberalisme yang memperjuangkan kebebasan wanita dan kesamaan hak antara lelaki dan wanita. Mereka mengatakan bahawa sebahagian hadis-hadis yang berkaitan wanita perlu dilihat semula kerana ianya dikatakan ditafsirkan berasaskan pemikiran jumud umat Islam bahkan sebahagiannya dipertikaikan daripada sudut periwayatan dan status keabsahannya. Justeru itu objektif kajian ini adalah untuk mengkaji isu-isu dalam hadis-hadis yang dibangkitkan oleh golongan terbabit seterusnya menganalisis kedudukan hadis-hadis yang dipertikaikan tersebut dan akhir sekali mengemukakan pandangan yang tepat terhadap hadis-hadis yang dipertikaikan tersebut. Bagi mencapai objektif ini, kajian kualitatif dengan pendekatan naratif (narrative approach) dan analisis kandungan (content analysis) digunakan semasa menganalisis data. Di mana hadis-hadis Nabi SAW yang menjadi isu akan dikumpulkan terlebih dahulu dan seterusnya akan ditakhrijkan hadis-hadis tersebut bagi menentukan keabsahannya terlebih dahulu dan kemudian kitab-kitab hadis dan syarah hadis akan digunakan bagi mendapatkan makna dan maksud sebenar daripada matan-matan hadis tersebut dan akhir sekali pandangan ulamak muktabar juga akan diambil kira bagi menolak setiap sudut pandangan dan pertuduhan yang dibangkitkan oleh golongan Feminisme terhadap hadis-hadis tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa setiap satu isu yang dibangkitkan oleh golongan Feminisme adalah bertitik tolak daripada ketidakfahaman golongan tersebut terhadap ilmu hadis dan kaedah-kaedah penilaian hadis di samping pada waktu yang sama kecenderungan mereka untuk meniru dan mengambil sumber rujukan dan juga sumber argumen daripada feminisme barat menambahkan lagi kecelaruan mereka dalam memahami hadis-hadis tersebut secara tepat. Kajian ini nantinya dapat memberi sumbangan kepada golongan awam yang terpedaya dengan golongan tersebut untuk membetulkan kefahaman mereka terhadap hadis-hadis Nabi SAW. Cadangan kajian ini dapat ditambah baik lagi apabila kesemua hadis-hadis yang menjadi isu dan pertikaian oleh golongan Feminisme ini dapat dijawab dan seterusnya dikumpulkan dalam satu buku dan didiskusikan disebarkan dikalangan masyarakat awam. |
| Pages: | 234 |
| Call Number: | BP135.8.W6S58 2025 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781359 |
| Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Hadis hadis dalam wacana feminisme Restricted Access | Full-text | 1.42 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.