Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781357
Title: Pemikiran Imam Al Sanusi M895H terhadap perbahasan kufur syirik dan bidaah
Authors: Mohd Firdaus Mohamad Darwi (P119478)
Supervisor: Abdull Rahman Mahmood, Dr.
Wan Haslan Khairuddin, Dr.
Keywords: Kufr (Islam)
Polytheism -- Islam
Taqlid
Islam -- Doctrines
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 9-Aug-2024
Abstract: Akidah tauhid yang menjadi tunjang kepada agama Islam amat bercanggah dengan unsur-unsur yang terdapat dalam konotasi istilah kufur, syirik serta bidaah berdasarkan nas-nas al-Quran serta Hadis. Perbezaan terminologi terhadap ketiga istilah tersebut sekiranya tidak dijelaskan dengan sebaiknya serta difahami dengan sebenarnya dapat menatijahkan pelbagai kefahaman, persepsi dan respons sehingga mengakibatkan ketegangan dalam kalangan masyarakat. Kajian ini merupakan analisis terhadap pemikiran Muhammad bin Yūsuf al-Sanūsī (832H-895H) menerusi rangkaian karya-karyanya khususnya al-Muqaddimāt. Fokus kajian pemikiran al-Sanūsī adalah terhadap perbahasan berkaitan kufur, syirik dan bidaah. Kajian ini bertujuan menonjolkan ketokohan al-Sanūsī, meneroka pemikirannya dan menilai saranannya sebagai solusi dalam mendepani isu-isu khususnya berkaitan kufur, syirik dan bidaah. Metodologi kajian ini mengguna pakai reka bentuk kajian kualitatif dengan metode analisis kandungan teks. Pemerolehan data-data kajian dengan metode dokumentasi dan penganalisisan data kajian berasaskan metode induktif, metode deduktif serta metode komparatif. Dapatan kajian merumuskan ketokohan al-Sanūsī dalam bidang akidah sangat signifikan menerusi rangkaian karya-karyanya yang bersifat asas-lanjutan, rendah-tinggi atau awam-khusus. Manakala inti sari pemikiran akidah al-Sanūsī dapat dirumuskan melalui karyanya yang bersifat pengantar atau prolegomena iaitu al-Muqaddimāt. Konsep kufur, syirik dan bidaah menurut al-Sanūsī mempunyai huraian usul, punca dan jenisnya. Manakala implikasi daripada ketiga-tiganya hanya dalam aspek pegangan bukan dalam aspek perbuatan. Dengan itu, hasil kajian ini diharapkan dapat mengemukakan panduan fiqh al-ta‘āyush atau fikah kehidupan sosial dalam interaksi Muslim sesama saudaranya dan Muslim dengan masyarakat berlainan agama.
Pages: 154
Call Number: BP166.785.M645 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781357
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pemikiran Imam Al Sanusi M895H terhadap perbahasan kufur syirik dan bidaah
  Restricted Access
Full-text2.15 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.