Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781335
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorOsman Rani Hassan-
dc.date.accessioned2025-11-19T04:10:15Z-
dc.date.available2025-11-19T04:10:15Z-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781335-
dc.description.abstractTujuan kertas saya ini adalah untuk meninjau kemungkinan implikasi polisi perindustrian, baik secara langsung atau tidak langsung, dalam usaha untuk memperbaiki taraf hidup kaum Bumiputera. Tentunya tinjauan seperti ini tidak dapat lari daripada ukuran-ukuran nilai. Kekurangan data dan maklumat- maklumat yang relevan menyebabkan tinjauan ini mahu tidak mahu terpaksa mencegah unsur-unsur spekulasi. Namun demikian adalah diharap kertas ini dapat menimbulkan beberapa isu berkait dengan pokok persoalan yang kita hadapi hari ini. Pokok persoalan yang kita hadapi sekarang ini bukanlah lagi mengenai sebab-sebab mengapa keutamaan perancangan harus diberi kepada perkara perimbangan ekonomi antara kaum dan perkara "angka ajaib" 30% itu walaupun perkara-perkara ini agak unit.¹ Keunitan ini wujud kerana latar belakang sosial, ekonomi dan politiknya yang agak unit. Perkara ini sudah sedia dimaklumi. Kita sedari sekarang bahawa kita tidak dapat berbangga dengan pendapatan per kapita yang tinggi dan walau sekali pun kita telah mencapai tingkat guna tenaga penuh kalau kerja-kerja yang berpendapatan rendah dilakukan oleh satu-satu kaum dan kerja-kerja yang berpendapatan tinggi dimonopoli oleh kaum lain pula. Tegasnya, matlamat terakhir kita bukan sekadar mewujudkan pekerjaan dan menambahkan kekayaan negara tetapi kita perlu tentukan juga pekerjaan apa dan kekayaan untuk siapa. Tanpa memperhitungkan perkara ini perpaduan dan keharmonian negara yang kita cita-citakan akan tergugat.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.subjectPolisi perindustrianen_US
dc.subjectTaraf hidup Bumiputeraen_US
dc.subjectKeadilan sosioekonomien_US
dc.titlePolisi perindustrian dan penglibatan Bumiputeraen_US
dc.typeSeminar Papersen_US
dc.format.pages97-107en_US
dc.identifier.callnoHC445.5.K64 1978 n.1 katsemen_US
dc.contributor.conferencenameMasalah dan prospek ekonomi Bumiputera-
dc.coverage.conferencelocationBangi, Malaysia-
dc.date.conferencedate1978-03-19-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.