Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781232Full metadata record
| DC Field | Value | Language |
|---|---|---|
| dc.contributor.author | Ahmad Azizuddin Zainal Abidin | - |
| dc.date.accessioned | 2025-11-06T09:09:00Z | - |
| dc.date.available | 2025-11-06T09:09:00Z | - |
| dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781232 | - |
| dc.description.abstract | 1.1. Dalam tahun 1970, Malaysia mengeluarkan 73,795 ton metric bijih timah dengan nilai $1,013 billion. Dalam tahun 1979 pengeluaran tin negara 64,000 ton metric yang bernilai lebih kurang $2.3 billion pada harga semasa dan $1.34 billion dinilai pada harga 1970. Oleh itu meski pun terdapat kekurangan 13.3% dalam pengeluaran tetapi industri perlombongan bijih -labom timah di negara ini telah berjaya mencapai pertumbuhan yang sebenar dari segi kewangan. Potensi yang terdapat dalam industri perlombongan bijih timah di negara ini tidak boleh diperkecilkan khasnya dengan terjumpanya timah hitam, zinc, tembaga di Banjaran Tengah (Central Belt) Semenanjung Malaysia. 1.2. Dalam tahun 1970, penyertaan bumiputera dalam industri perlombongan bijih timah ialah 1%. Pihak kerajaan telah menyedari dan memandang berat keadaan ini dan telah berusaha mengadakan beberapa skim untuk menambahkan lagi equiti penyertaan bumiputera. Walaupun begitu, di samping peranan yang dimainkan oleh beberapa ajensi kerajaan di peringkat negeri dan pusat dan di samping pengambilan alih London Tin Corporation oleh Pernas securities, pemilikan equiti bumiputera hanya bertambah kepada 8% sahaja pada tahun 1980. 1.3. Dengan ini jelaslah menunjukkan yang langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan masih belum mencapai matlamat yang ditetapkan. Kertas kerja ini ditulis dengan tujuan untuk memperkenalkan kelemahan-kelemahan polisi sekarang dan kaedah-kaedah perlaksanaannya dan mencari jalan untuk menggubal dasar yang lebih berkesan bagi mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru. Kertas kerja ini berpendapat bahawa target minima 30% penyertaan nomequiti bumiputera dalam industri perlombongan menjelang tahun 1990 hanya akan dicapai jika cadangan-cadangan dalam kertas kerja ini diterima dan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. | en_US |
| dc.language.iso | may | en_US |
| dc.subject | Industri perlombongan | en_US |
| dc.subject | Dasar Ekonomi Baru | en_US |
| dc.subject | Bumiputera | en_US |
| dc.title | Perlombongan | en_US |
| dc.type | Seminar Papers | en_US |
| dc.format.pages | 1-9 | en_US |
| dc.identifier.callno | HC445.5.K6 1980 katsem | en_US |
| dc.contributor.conferencename | Kongres Ekonomi Bumiputera | - |
| dc.coverage.conferencelocation | Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur | - |
| dc.date.conferencedate | 1980-05-30 | - |
| Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding | |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.