Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781222
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorZaini Amir-
dc.contributor.authorNoorizah Mohd. Noor-
dc.date.accessioned2025-11-05T08:45:02Z-
dc.date.available2025-11-05T08:45:02Z-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781222-
dc.description.abstractPenyelidikan mengenai pembelajaran kosa kata yang berkait rapat dengan pembacaan telah mendapat perhatian yang sewajarnya dalam bidang penyelidikan dalam pengambilalihan bahasa kedua (SLA). Pembacaan yang lancar memerlukan pengenalan kepada perkataan-perkataan yang tepat serta kemahiran yang akan meningkatkan kefahaman seseorang pelajar. Oleh itu, pengetahuan kosa kata telah dikenalpasti sebagai satu penentu kritikal bagi keupayaan membaca. Namun demikian, kebanyakan pelajar EFL (Inggeris sebagai Bahasa Asing) merasakan bahawa tahap penguasaan pembacaan mereka adalah rendah serta lambat. Salah satu sebab perkara ini sering berlaku adalah kerana kurangnya pengetahuan kosa kata. Berlandaskan keterbatasan ini, pelajar tersebut tidak meneruskan pembacaan kerana tidak mampu memahami makna teks. Pertemuan ini menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai pengetahuan untuk memahami perkataan- perkataan yang mereka tidak mengerti. Meskipun pengetahuan kosa kata telah diiktiraf sebagai determinan kritis untuk kemampuan membaca (Grabe, 1991), namun tidak banyak kajian lagi yang telah dijalankan dalam strategi pembelajaran kosa kata di kalangan pelajar EFL. Oleh yang demikian, kajian ini akan meneliti strategi pembelajaran kosa kata di kalangan 35 orang pelajar EFL. Pengumpulan data telah dijalankan melalui soal selidik. Hasil dari kajian tersebut menunjukkan kewujudan pendekatan-pendekatan dan strategi pembelajaran yang digunakan oleh pelajar-pelajar untuk meningkatkan kosa kata mereka. Sebagai kesimpulan, kertas ini akan turut membincangkan implikasi daripada penemuan tersebut dan beberapa pertimbangan pedagogi untuk pengajaran dan pembelajaran kosa kata dalam konteks EFL.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.subjectBahasa Inggeris sebagai Bahasa Asing (EFL)en_US
dc.subjectStrategi pembelajaranen_US
dc.subjectPengajaran dan pembelajaran bahasaen_US
dc.titleStrategi pembelajaran kosa kata di kalangan pelajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Asing (EFL): satu tinjauanen_US
dc.typeSeminar Papersen_US
dc.format.pages134-135en_US
dc.identifier.callnoH53.M4I555 2009 n.1 semen_US
dc.contributor.conferencenameInternational Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH-
dc.coverage.conferencelocationUniversiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor-
dc.date.conferencedate2009-12-02-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.