Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781221
Title: Strategi komunikasi dan perkongsian pengetahuan di kalangan pekerja di Universiti Kebangsaan Malaysia
Authors: Rusyda Helma Mohd
Conference Name: International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH
Keywords: Strategi komunikasi
Perkongsian pengetahuan
Komunikasi organisasi
Conference Date: 2009-12-02
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Abstract: Dalam mencapai tahap pekerja berpengetahuan, satu mekanisma yang komprehensif perlulah digunakan bagi memudahkan transformasi yang berlaku. Bagi kajian ini, strategi komunikasi yang dirangka haruslah mampu memperkembangkan perkongsian pengetahuan yang berlaku dalam sesebuah organisasi. Justeru, pengkaji telah menggariskan 3 objektif untuk kajian ini iaitu mengenalpasti hubungan antara pihak dalam organisasi dengan perkongsian pengetahuan, mengenalpasti mengenalpasti hubungan antara komunikasi dengan perkongsian pengetahuan dalam organisasi dan mengenalpasti hubungan antara strategi komunikasi dengan perkongsian pengetahuan dalam sesebuah organisasi. Objektif-objektif yang digariskan ini perlu bagi mendapatkan bukan sahaja pihak-pihak yang terlibat dalam menggalakkan perkongsian pengetahuan tetapi juga untuk melihat relevannya strategi komunikasi tradisional dalam era teknologi dan maklumat di kala ini. Kajian yang hanya bertumpu kepada 100 kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini adalah penting untuk melihat sejauhmana kakitangan mengaplikasikan komunikasi mereka seharian di tempat kerja untuk aktviti perkongsian pengetahuan. Dapatan dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dan hasilnya menunjukkan bahawa Ketua Jabatan memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan perkongsian pengetahuan dengan nilai r 0.802 setelah diuji dengan Regresi Linear. Selain itu, komunikasi yang digunakan juga mempunyai hubungan positif sederhana kuat Pearson-r 0.464 dengan perkongsian pengetahuan. Akhir sekali, kajian menunjukkan bahawa strategi komunikasi menggunakan sokongan teknologi seperti Internet mempunyai hubungan positif kuat dengan nilai Pearson r 0.914. Hal ini disebabkan oleh wujudnya perubahan kepada kecekapan pengurusan UKM kepada berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi semenjak tahun 1980. Keadaan ini juga telah mengubah budaya komunikasi keorganisasian seluruh universiti.
Pages: 134
Call Number: H53.M4I555 2009 n.1 sem
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781221
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.