Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781185
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorMohd Hairy Ibrahim-
dc.contributor.authorJamaluddin Md Jahi-
dc.contributor.authorAbd Samad Hadi-
dc.date.accessioned2025-11-05T01:00:36Z-
dc.date.available2025-11-05T01:00:36Z-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781185-
dc.description.abstractBandar amat penting kepada manusia pada hari ini kerana menjadi pusat tumpuan manusia untuk mendapatkan pelbagai keperluan kehidupan. Bandar dibangunkan bagi keperluan manusia. Pembangunan dan pembandaran seringkan dikaitkan dengan dasar dan perancangan bandar. Kajian perkembangan pembandaran di Ipoh, Perak ini merupakan suatu penelitian awal tentang perkembangan pembandaran selepas merdeka tahun 1957 di Ipoh. Antara perkara penting yang diteliti iaitu pertumbuhan ekonomi dan pertumbuhan petempatan serta penduduk. Kajian awal ini hanya melibatkan analisis deskriptif dan statistik dari data sekunder secara bertulis dan bukan bertulis dari pelbagai agensi kerajaan, swasta dan NGO. Ipoh mengalami pertambahan penduduk yang pesat seiring dengan fungsi dan kedudukannya sebuah bandaraya yang terletak dalam daerah Kinta, dan merupakan ibu negeri dan pusat pentadbiran Perak Darul Ridzuan. Kedudukan dan Perkembangan Ipoh di Lembah Kinta berfungsi sebagai bandar sumber bijih sehingga sebagai sebuah Bandaraya yang terletak kira-kira 200 km ke utara Kuala Lumpur merupakan bandaraya keempat terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur, Georgetown, dan Johor Bahru. Perkembangan pembandaran melibatkan proses pembandaran di pusat bandar sehingga melimpah ke sekitarnya seperti Chemor, Jelapang, Falim, Menglembu, Tambun dan Tanjung Rambutan. Kajian ini mendapati juga pembandaran di Ipoh semakin berkembang di kawasan Pekan Lama dan Pekan Baru yang mana dipecahkan oleh Sungai Kinta ditengah-tengah bandarnya. Permulaan pembandaran di Ipoh dipelopori oleh menjadi pusat perdagangan dan perlombongan kaum Cina. Pembangunan yang meningkat selaras dengan jumlah penduduk Ipoh seramai 710,798 (2007) dan jumlah penduduk di sekitar bandar 1,022,240 (2007) di Ipoh yang dipelopori majoriti kaum Cina. Ruang petempatan penduduk di Ipoh bertumpu Menglembu, Buntong, Tasek, Ampang, Bercham serta Pasir Puteh. Faktor ini menjadikan pembandaran di bandaraya Ipoh menjadi semakin merebak. Perkembangan pembandaran di Ipoh begitu jelas sekali dengan peningkatan pembangunan di kawasan pinggir bandar Ipoh.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.subjectPembangunan bandaren_US
dc.subjectPertumbuhan penduduken_US
dc.subjectEkonomi bandaren_US
dc.titlePerkembangan pembandaran di Ipoh, Perak - penelitian awal penyelidikanen_US
dc.typeSeminar Papersen_US
dc.format.pages118en_US
dc.identifier.callnoH53.M4I555 2009 n.1 semen_US
dc.contributor.conferencenameInternational Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH-
dc.coverage.conferencelocationUniversiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor-
dc.date.conferencedate2009-12-02-
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.