Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781116| Title: | Permodelan linear berhierarki faktor sokongan sekolah, individu dan pengetahuan teknologi pedagogi kandungan terhadap pengajaran kreatif guru matematik sekolah rendah |
| Authors: | Aini Hayati Pazin@Fadzil (P109260) |
| Supervisor: | Siti Mistima Maat, Prof.Madya Dr. Muhammad Sofwan Mahmud, Dr. |
| Keywords: | Creative teaching Mathematics -- Study and teaching Educational technology Pedagogical content knowledge Effective teaching Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
| Issue Date: | 2-Aug-2024 |
| Abstract: | Transformasi pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah usaha untuk memperbaiki mutu pendidikan dan meningkatkan kualiti guru dan pembelajaran murid. Bagi memenuhi hasrat tersebut, pelaksanaan pengajaran kreatif perlu diperkasakan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara faktor sokongan sekolah, individu dan pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK) dengan pengajaran kreatif guru matematik. Kajian ini turut menentukan peranan faktor sokongan sekolah sebagai kesan penyederhanaan dan PTPK sebagai kesan pengantara. Kajian ini seterusnya meneroka faktor yang mempengaruhi pengajaran kreatif matematik. Oleh itu, satu kajian menggunakan kaedah gabungan penjelasan berurutan yang melibatkan fasa kuantitatif dan diikuti dengan fasa kualitatif telah dilaksanakan. Sebanyak 112 buah sekolah rendah di Malaysia telah dipilih secara rawak berstrata dan 618 orang guru matematik sekolah rendah sebagai responden kajian. Manakala enam orang peserta kajian dipilih menggunakan pensampelan bertujuan. Dapatan analisis pelbagai peringkat menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara faktor sokongan sekolah (iklim sekolah dan sokongan pentadbir) dengan pengajaran kreatif guru matematik. Bagi faktor individu iaitu efikasi kendiri guru, personaliti guru dan tingkah laku pemupukan kreativiti guru dan faktor PTPK menunjukkan hubungan yang signifikan. Di samping itu, faktor sokongan sekolah iaitu sokongan pentadbir menunjukkan kesan penyederhanaan terhadap hubungan antara efikasi kendiri guru dengan pengajaran kreatif guru matematik. Manakala iklim sekolah menunjukkan kesan penyederhanaan hubungan antara tingkah laku pemupukan kreativiti guru dengan pengajaran kreatif guru matematik. Seterusnya, faktor PTPK turut menjadi pengantara separa hubungan antara efikasi kendiri guru, personaliti guru, tingkah laku pemupukan kreativiti guru dengan pengajaran kreatif guru matematik. Akhir sekali, dapatan kualitatif telah mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pengajaran kreatif iaitu faktor sekolah, guru, pengetahuan dan halangan. Implikasi kajian ini menyediakan maklumat ke arah merangka program pembangunan profesionalisme guru yang berterusan yang lebih efisien untuk meningkatkan pelaksanaan pengajaran kreatif guru matematik. |
| Pages: | 424 |
| Call Number: | LB1025.3.A344 2024 tesis |
| Publisher: | UKM, Bangi |
| URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/781116 |
| Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
| File | Description | Size | Format | |
|---|---|---|---|---|
| Permodelan linear berhierarki faktor sokongan sekolah, individu dan pengetahuan teknologi pedagogi kandungan terhadap pengajaran kreatif guru matematik sekolah rendah.pdf Restricted Access | Full-text | 3.11 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.