Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780684
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Saayah Abu | - |
dc.date.accessioned | 2025-09-30T02:23:47Z | - |
dc.date.available | 2025-09-30T02:23:47Z | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780684 | - |
dc.description.abstract | Kajian ini dijalankan dengan tujuan memperoleh maklumat tentang Amalan Membaca Bersama Rakan Sebaya Di Bilik Darjah (AMBER). Amalan membaca yang dijadikan panduan dalam kajian ini berdasarkan teori Vygsoky (1978). AMBER memfokuskan penggunaan buku dalam sebuah kelas prasekolah dari perspektif budaya sosial di bilik darjah. Seterusnya bagaimana kegunaan buku-buku ini menerangkan tanggapan kanak-kanak terhadap buku- buku dan juga bacaan. Ianya berada di dalam satu rangka sosio budaya yang menggangap buku-buku sebagai satu bahan budaya. Kajian ini telah dijalankan di Barat tetapi belum dijalankan di Malaysia. Kegunaan dan maksud bahan budaya ini telah di tunjukkan melalui tiga tahap iaitu: 1) bagaimana penggunaan buku dan membaca mempunyai keserasian dalam sebuah kelas; 2) bagaimana konsepsi guru yang lebih luas terhadap budaya membaca dan buku diaplikasikan di dalam suasana normal sebuah bilik darjah, termasuk peraturan dan rutin berkaitan dengan buku di sekolah 3) bagaimana keserasian ini memainkan peranan apabila tercetusnya tingkahlaku tukar bincang dan perselisihan sesama rakan sebaya semasa bergelumang dengan buku. Kaedah kajian kes merupakan pendekatan kualitatif yang dipilih. Cara pertama pengumpulan data adalah melalui pemerhatian semulajadi dari kacamata pengkaji yang tidak mengambil bahagian. Ia juga termasuk rakaman video, di sertai dengan temubual, kajian secara bertulis dan pengumpulan bahan telah di buat. Kajian ini diharap akan menyumbang kepada pengetahuan perkembangan literasi dalam proses mengenal buku dan membaca; keselarian dalam keserasian berlaku secara intersujektiviti di mana proses berorientasikan persetujuan sesama rakan sebaya yang lebih bersifat "perdebatan dan cabaran" dalam membina ciri-ciri dinamik sesama dan perantaraannya ialah buku. Strategi-strategi memperolehi ilmu dan pembelajaran yang berkesan kepada murid atau pelajar lebih difahami oleh golongan dewasa terutamanya pendidik dalam arena pendidikan awal kanak- kanak. Oleh itu, akan terbinalah strategi-strategi dan kaedah-kaedah yang mempunyai kekuatannya kepada pelajar-guru, guru-pelajar dan pelajar-pelajar untuk belajar. Dan ini akan bermulalah garisan capaian yang dapat dimanfaatkan oleh guru-guru terutama sekali dalam faktor-faktor dan bahan pengajaran yang menjadi asas penyelidikan ini untuk memperkayakan lagi perkembangan bacaan kanak-kanak. | en_US |
dc.language.iso | may | en_US |
dc.subject | Amalan Membaca Bersama Rakan Sebaya (AMBER) | en_US |
dc.subject | Literasi awal kanak-kanak | en_US |
dc.subject | Interaksi rakan sebaya | en_US |
dc.title | Amalan membaca kanak-kanak prasekolah dalam konteks rakan sebaya: satu kajian kes di salah sebuah tadika swasta | en_US |
dc.type | Seminar Papers | en_US |
dc.format.pages | 100 | en_US |
dc.identifier.callno | H53.M4I555 2009 n.1 sem | en_US |
dc.contributor.conferencename | International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH | - |
dc.coverage.conferencelocation | Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor | - |
dc.date.conferencedate | 2009-12-02 | - |
Appears in Collections: | Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding |
Files in This Item:
There are no files associated with this item.
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.