Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780648
Title: | Penguasaan kecekapan tatabahasa dan kecekapan pragmatik kata kerja Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam |
Authors: | Khairul Taufiq Abu Bakar (P80389) |
Supervisor: | Nor Hashimah Jalaluddin, Prof. Dr. Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Prof. Dr. |
Keywords: | Malay language -- Grammar Malay language -- Usage Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 5-Mar-2024 |
Abstract: | Kajian tentang penguasaan bahasa Melayu terutamanya dalam kalangan pelajar sememangnya telah banyak dilakukan tetapi rata-rata kajian lepas tersebut didapati lebih memfokuskan penguasaan pelbagai aspek bahasa Melayu dengan kedua-dua komponen pengetahuan bahasa dikaji secara terpisah. Sebaliknya kajian penguasaan pengetahuan asas tentang kata kerja bahasa Melayu semata-mata dengan kedua-dua komponen pengetahuan bahasa dikaji secara sekali gus terutamanya dalam kalangan pelajar yang telah menamatkan pendidikan formal masih belum pernah dilakukan dan kajian ini telah dapat mengisi kelompangan yang masih ada. Kajian ini telah melibatkan seramai 96 orang pelajar tingkatan enam sebagai responden kajian. Data kajian telah diperoleh dengan menggunakan borang soal selidik dan telah dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian yang telah diperoleh menunjukkan bahawa kesemua objektif kajian yang telah disasarkan telah ditemukan jawapannya. Pertama, hasil daripada analisis statistik deskriptif terhadap objektif kajian pertama menunjukkan bahawa penguasaan pengetahuan asas tentang kata kerja bahasa Melayu yang meliputi aspek kecekapan tatabahasa dan aspek kecekapan pragmatik dalam kalangan responden kajian berdasarkan faktor bangsa, faktor lokasi tempat tinggal, dan faktor jantina berada pada tahap rendah. Kedua, hasil daripada analisis ujian-t terhadap objektif kajian kedua membuktikan bahawa terdapat perbezaan pencapaian yang signifikan apabila dibandingkan skor tahap penguasaan pengetahuan asas tentang kata kerja bahasa Melayu yang meliputi aspek kecekapan tatabahasa dan aspek kecekapan pragmatik dalam kalangan responden kajian berdasarkan faktor bangsa, faktor lokasi tempat tinggal, dan faktor jantina. Akhir sekali, hasil daripada analisis ujian korelasi Pearson terhadap objektif kajian ketiga menunjukkan bahawa tidak terdapat korelasi yang signifikan antara tahap kecekapan tatabahasa dengan tahap kecekapan pragmatik dalam menggunakan kata kerja bahasa Melayu yang bukan sahaja mendukung makna tersurat tetapi juga boleh mendukung makna tersirat dengan tatabahasa lebih dikuasai oleh responden kajian. Sebaliknya hasil daripada analisis linguistik yang turut dilakukan terhadap objektif kajian ketiga menunjukkan bahawa keseimbangan antara kecekapan tatabahasa dan kecekapan pragmatik sememangnya mesti dicapai oleh responden kajian bagi membolehkan mereka menggunakan kata kerja bahasa Melayu yang bukan sahaja mendukung makna tersurat tetapi juga boleh mendukung makna tersirat. Implikasinya, sudah tiba masanya kini komponen pragmatik turut diajarkan secara formal sama seperti komponen fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu terutamanya menerusi Tatabahasa Dewan. |
Pages: | 285 |
Call Number: | PL5065.K483 2024 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780648 |
Appears in Collections: | Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Penguasaan kecekapan tatabahasa dan kecekapan pragmatik kata kerja Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam.pdf Restricted Access | Full-text | 2.66 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.