Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780648
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNor Hashimah Jalaluddin, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.advisorFazal Mohamed Mohamed Sultan, Prof. Dr.en_US
dc.contributor.authorKhairul Taufiq Abu Bakar (P80389)en_US
dc.date.accessioned2025-09-26T00:57:18Z-
dc.date.available2025-09-26T00:57:18Z-
dc.date.issued2024-03-05-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780648-
dc.description.abstractKajian tentang penguasaan bahasa Melayu terutamanya dalam kalangan pelajar sememangnya telah banyak dilakukan tetapi rata-rata kajian lepas tersebut didapati lebih memfokuskan penguasaan pelbagai aspek bahasa Melayu dengan kedua-dua komponen pengetahuan bahasa dikaji secara terpisah. Sebaliknya kajian penguasaan pengetahuan asas tentang kata kerja bahasa Melayu semata-mata dengan kedua-dua komponen pengetahuan bahasa dikaji secara sekali gus terutamanya dalam kalangan pelajar yang telah menamatkan pendidikan formal masih belum pernah dilakukan dan kajian ini telah dapat mengisi kelompangan yang masih ada. Kajian ini telah melibatkan seramai 96 orang pelajar tingkatan enam sebagai responden kajian. Data kajian telah diperoleh dengan menggunakan borang soal selidik dan telah dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian yang telah diperoleh menunjukkan bahawa kesemua objektif kajian yang telah disasarkan telah ditemukan jawapannya. Pertama, hasil daripada analisis statistik deskriptif terhadap objektif kajian pertama menunjukkan bahawa penguasaan pengetahuan asas tentang kata kerja bahasa Melayu yang meliputi aspek kecekapan tatabahasa dan aspek kecekapan pragmatik dalam kalangan responden kajian berdasarkan faktor bangsa, faktor lokasi tempat tinggal, dan faktor jantina berada pada tahap rendah. Kedua, hasil daripada analisis ujian-t terhadap objektif kajian kedua membuktikan bahawa terdapat perbezaan pencapaian yang signifikan apabila dibandingkan skor tahap penguasaan pengetahuan asas tentang kata kerja bahasa Melayu yang meliputi aspek kecekapan tatabahasa dan aspek kecekapan pragmatik dalam kalangan responden kajian berdasarkan faktor bangsa, faktor lokasi tempat tinggal, dan faktor jantina. Akhir sekali, hasil daripada analisis ujian korelasi Pearson terhadap objektif kajian ketiga menunjukkan bahawa tidak terdapat korelasi yang signifikan antara tahap kecekapan tatabahasa dengan tahap kecekapan pragmatik dalam menggunakan kata kerja bahasa Melayu yang bukan sahaja mendukung makna tersurat tetapi juga boleh mendukung makna tersirat dengan tatabahasa lebih dikuasai oleh responden kajian. Sebaliknya hasil daripada analisis linguistik yang turut dilakukan terhadap objektif kajian ketiga menunjukkan bahawa keseimbangan antara kecekapan tatabahasa dan kecekapan pragmatik sememangnya mesti dicapai oleh responden kajian bagi membolehkan mereka menggunakan kata kerja bahasa Melayu yang bukan sahaja mendukung makna tersurat tetapi juga boleh mendukung makna tersirat. Implikasinya, sudah tiba masanya kini komponen pragmatik turut diajarkan secara formal sama seperti komponen fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa bahasa Melayu terutamanya menerusi Tatabahasa Dewan.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationSocial Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaanen_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectMalay language -- Grammaren_US
dc.subjectMalay language -- Usageen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titlePenguasaan kecekapan tatabahasa dan kecekapan pragmatik kata kerja Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Tingkatan Enamen_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages285en_US
dc.identifier.callnoPL5065.K483 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007714en_US
dc.format.degreePh.D.en_US
dc.description.categoryofthesesAccess Terbuka/Open Accessen_US
Appears in Collections:Faculty of Social Sciences and Humanities / Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penguasaan kecekapan tatabahasa dan kecekapan pragmatik kata kerja Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam.pdf
  Restricted Access
Full-text2.66 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.