Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780634
Title: Keberkesanan rangkaian ekologi Central Forest Spine1 (CFS1) sebagai koridor hidupan liar bagi mamalia di Kompleks Hutan Banjaran Utama, Semenanjung Malaysia
Authors: Nur Izzati Abdullah (P90573)
Supervisor: Shukor Md. Nor, Prof. Dr.
Mohammad Saiful Mansor, Dr.
Keywords: Wildlife conservation -- Malaysia
Forest management -- Malaysia
Wildlife management areas -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 19-Apr-2024
Abstract: Rangkaian jalan raya telah mengakibatkan penyerpihan habitat hutan di antara Kompleks Hutan Banjaran Utama dan Taman Negara yang seterusnya mengganggu pergerakan hidupan liar di kedua-dua kawasan ini. Kajian lepas berkenaan penyerpihan habitat hutan menunjukkan penyelidik lebih banyak menfokuskan penyebab berlakunya penyerpihan hutan dan impak penyerpihan habitat hutan terhadap populasi dan taburan hidupan liar. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk (i) mengenalpasti kehadiran dan komposisi spesies mamalia daratan di Rangkaian Utama PL1 dan PL6, Kompleks Hutan Banjaran Utama, Semenanjung Malaysia, (ii) menentukan kesesuaian habitat spesies sasaran berdasarkan parameter sekitaran dan taburan kehadiran spesies, (iii) meramal fragmen hutan yang berpotensi untuk dihubungkan menjadi koridor laluan hidupan liar dan (iv) menilai kesan menyeluruh pembangunan terhadap keberkesanan Rangkaian Utama PL1, PL3 dan PL6 sebagai penghubung Rangkaian Ekologi Central Forest Spine1 (CFS1) menggunakan ciri-ciri habitat spesies kajian iaitu gajah Asia. Pemasangan 222 perangkap kamera di koridor ekologi PL1 dan PL6 berjaya merekodkan sejumlah 43799 imej bebas (8594 perangkap malam). Sejumlah 30 spesies mamalia direkodkan di PL1 dan PL6. Namun begitu, PL1 merekodkan jumlah spesies tertinggi iaitu sebanyak 28 spesies berbanding PL6 iaitu 17 spesies. Hasil kajian menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan di antara komuniti mamalia di kedua-dua Rangkaian Ekologi. Bagi ramalan kesesuaian habitat dan koridor penyambung, tiga spesies payung (gajah Asia, seladang dan tapir) telah dipilih untuk di analisa dengan andaian bahawa pemuliharaan spesies ini dijangka dapat memberi perlindungan spesies lain yang wujud bersama di kawasan kajian. Pemodelan kesesuaian habitat bagi ketiga-tiga spesies menunjukkan kawasan tanah pamah beserta kewujudan sumber air merekodkan ciri-ciri kesesuaian habitat yang tinggi. Namun, keluasan kesesuaian habitat ini menjadi kecil dan terhad disebabkan oleh aktiviti pembangunan seperti kewujudan jalan raya, perbandaran dan perluasan tanah pertanian. Dari segi keluasan taburan kesesuaian habitat, spesies tapir (45.8%) merekodkan taburan kesesuaian habitat yang luas. Ini bermaksud, spesies tapir mampu untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai jenis habitat dan keadaan geografi. Gajah Asia sebaliknya menunjukkan kadar toleransi terhadap gangguan manusia yang rendah oleh itu turut merekodkan taburan kesesuaian habitat yang rendah (44.17%). Namun, di antara semua spesies kajian, seladang merekodkan taburan kesesuaian habitat paling kecil (31.44%) kerana seladang merupakan spesies yang sangat sensitif terhadap gangguan manusia. Pemodelan koridor menunjukkan 13 koridor yang telah dimodelkan untuk menghubungkan 17 fragmen kesesuaian habitat bagi gajah, sembilan unit koridor telah dihubungkan dengan 13 fragmen habitat seladang dan 16 unit koridor dihasilkan untuk menghubungkan 13 fragmen habitat tapir. Kajian mendapati sejumlah 61.18% (15.38% gajah, 33.3% seladang dan 12.5% tapir) peratusan koridor ramalan yang bertindih dengan Rangkaian Utama CFS1 (PL1 dan PL6). Penilaian keberkesanan Fungsi Rangkaian Ekologi (FLI) menunjukkan rangkaian PL6 adalah rangkaian yang berstatus “baik” dan merekodkan nilai FLI terendah iaitu 1.91. Ini diikuti dengan rangkaian PL1 yang mencatatkan nilai FLI 2.46 beserta status rangkaian “sederhana”. Rangkaian yang mencatatkan status “tidak baik” adalah PL3 iaitu dengan nilai FLI 3.44. Diharap agar hasil penyelidikan ini dapat digunakan sebagai rujukan untuk pemuliharaan biodiversiti di Rangkaian Ekologi CFS dan juga sebagai rujukan utama untuk pelaksanaan pelan pembangunan secara mapan di kawasan CFS.
Pages: 245
Call Number: QL84.5.M4N87 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780634
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.