Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780632
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZainol Mustafa, Prof. Madya Dr.en_US
dc.contributor.advisorSaiful Izzuan Hussain, Dr.en_US
dc.contributor.authorMohd Norazmi Nodin (P101956)en_US
dc.date.accessioned2025-09-26T00:44:25Z-
dc.date.available2025-09-26T00:44:25Z-
dc.date.issued2024-05-08-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780632-
dc.description.abstractDasar sara diri makanan seperti pengeluaran beras telah menjadi subjek perdebatan berpanjangan oleh komuniti makanan global kerana pendekatan ini dianggap mahal oleh sesetengah ahli ekonomi dan memberi keutamaan politik berbanding prestasi ekonomi. Kebiasaannya, penunjuk tahap sara diri (SSL) makanan digunakan sebagai ukuran pencapaian tahap pengeluaran domestik. Walau bagaimanapun, kajian mengenai prestasi kecekapan dan perubahan produktiviti yang dihubungkan dengan pelaksanaan dasar ini masih lagi terhad. Pengetahuan mengenai prestasi pelaksanaan dasar ini terutamanya terhadap kecekapan pengeluaran dan perubahan produktiviti adalah kritikal bagi membolehkan penambahbaikan berterusan dasar dapat dilaksanakan. Kaedah pendekatan tak berparameter analisis pengumpulan data (DEA), satu teknik pengukuran kecekapan yang melibatkan kaedah pengaturcaraan linear untuk membangunkan sebuah permukaan tak berparameter cebis-demi-cebis (piece-wise) terhadap data dipilih dalam kajian ini. Selaras dengan perkembangan semasa, pendekatan statistik menerusi teknik butstrap terhadap DEA radial diadaptasi bagi meningkatkan lagi kejituan pengukuran. Selain itu, kerangka kerja pengeluaran yang dibangunkan juga mengambil kira keadaan sebenar pengeluaran dengan melibatkan kehadiran output tidak diingini, yang mana analisis menggunakan model DEA tak-radial pengukuran berasaskan lalaian (SBM-DEA) menyokong senario tersebut. Secara empirikal, dapatan utama kajian merumuskan, dasar sara diri didapati cenderung ke arah memaksimumkan pengeluaran berbanding penjimatan sumber. Sementara itu, masih terdapat ruang penambahbaikan yang besar bagi Malaysia di peringkat nasional dan majoriti zon dan negeri untuk mencapai tahap kecekapan pengeluaran tinggi. Secara amnya, zon dan negeri yang berpengalaman dalam sektor pengeluaran beras serta mempunyai sistem sokongan pertanian yang lebih baik menunjukkan prestasi tinggi. Berdasarkan perbandingan di antara model-model DEA terlibat, kesemuanya menunjukkan corak keputusan yang seragam terhadap prestasi kecekapan pengeluaran Malaysia, yang mana dapatan mengesahkan prestasi kecekapan didapati merosot sepanjang tempoh 2009−2018. Selanjutnya, bagi penentuan perubahan produktiviti, analisis indeks Malmquist-Luenberger (ML) yang sensitif terhadap alam sekitar diaplikasi dalam kajian ini. Perubahan produktiviti pula menyaksikan pada peringkat awal pengukuhan dasar, didapati berlaku peningkatan produktiviti sebelum mengalami penurunan, berkemungkinan secara umumnya berpunca daripada kemerosotan perubahan teknikal. Akhir sekali, kajian ini merumuskan pelaksanaan dasar sara diri adalah masih relevan untuk diteruskan demi jaminan sekuriti makanan, namun tertakluk kepada pengeluaran makanan tertentu sahaja (terutamanya makanan ruji) dan penambahbaikan berterusan dasar hendaklah dijalankan bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti.en_US
dc.language.isomayen_US
dc.publisherUKM, Bangien_US
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologien_US
dc.rightsUKMen_US
dc.subjectNonparametric statisticsen_US
dc.subjectRiceen_US
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertationsen_US
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysiaen_US
dc.titleKecekapan dan perubahan produktiviti dasar sara diri pengeluaran beras Malaysia: pendekatan tak berparameteren_US
dc.typeThesesen_US
dc.format.pages269en_US
dc.identifier.callnoQA27808.M846 2024 tesisen_US
dc.identifier.barcode007551en_US
dc.format.degreePh.Den_US
dc.description.categoryofthesesTerhad/Restricteden_US
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kecekapan dan perubahan produktiviti dasar sara diri pengeluaran beras Malaysia pendekatan tak berparameter.PDF
  Restricted Access
Partial1.44 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.