Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780628
Title: | Taksonomi thrips pendebunga (Thysanoptera) dan populasi dinamiknya pada kanopi pokok di hutan simpan Pasoh, Negeri Sembilan, Malaysia |
Authors: | Nur Ain Nasaruddin (P96445) |
Supervisor: | Ng Yong Foo, Prof. Madya. Dr |
Keywords: | Thrips -- Malaysia -- Negeri Sembilan Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 29-May-2024 |
Abstract: | Hutan hujan tropika menyokong jumlah kepelbagaian spesies pokok, haiwan dan serangga yang tinggi termasuk thrips. Thrips telah dilaporkan sebagai pendebunga penting untuk pokok dipterokarpa tetapi spesies, komposisi populasi dan perubahan populasi dinamik thrips pendebunga masih kurang dikaji. Matlamat kajian ini adalah untuk menentukan populasi dinamik thrips dan mengkaji taksonomi thrips pendebunga di kanopi hutan dipterokarpa. Pensampelan telah dilakukan di menara kanopi Hutan Simpan Pasoh, Negeri Sembilan selama 12 bulan, iaitu pada April 2019 hingga Mac 2020. Thrips dikumpul dengan menggunakan enam perangkap melekit kuning dan enam perangkap dulang kuning yang diletakkan di sekitar menara kanopi berketinggian 30 meter selama 48 jam pada setiap bulan pensampelan. Data abiotik di ambil daripada stesen cuaca menara kanopi tersebut. Dua puncak populasi thrips tertinggi dapat dilihat, iaitu pada musim bunga dan musim hujan. Sejumlah 296 individu thrips telah dikutip dalam kajian ini. Sebanyak empat subfamili dan 28 spesies telah direkodkan daripada kajian ini. Kebanyakan thrips pendebunga yang dikumpul adalah di bawah subfamili Thripinae dan selebihnya adalah di bawah subfamili Panchaetothripinae, Dendrothripinae dan Sericothripinae. Dua genus baru telah dijumpai termasuk Tropithrips gen. nov. dan Daunothrips serta lima spesies baru telah direkodkan dalam kajian ini iaitu Scirtothrips convexum, Scirtothrips longifacies, Tenothrips keruing, Daunothrips striatus dan Tropithrips sembilanensis. Kunci pengecaman kepada 28 spesies daripada 15 genus disediakan, dengan ulasan mengenai variasi intraspesifik yang menyebabkan masalah taksonomi dan pengenalan spesies thrips direkodkan. Data pekali korelasi, r untuk faktor abiotik hujan bagi thrips pada bunga ialah -3.9 (p=0.08), thrips pada daun ialah -0.25 (p=0.09) manakala untuk faktor abiotik angin thrips bagi pada bunga ialah 0.27 (p=0.01), thrips pada daun ialah 0.30 (p=0.001). Interaksi thrips dengan faktor abiotik angin menunjukkan nilai yang lebih signifikan berbanding hujan selain menunjukkan hubungan korelasi lurus antara thrips pendebunga dan faktor abiotik hujan dan angin, iaitu dalam julat -1.0 hingga +1.0. Taburan spesies yang berbeza juga dapat dilihat pada musim bunga dan musim hujan. Kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat kepada penyelidik akan datang, terutamanya melibatkan kajian terperinci mengenai pendebungaan thrips pada hutan dipterokarpa tanah rendah. |
Pages: | 131 |
Call Number: | QL598.N87 2024 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780628 |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Taksonomi thrips pendebunga (thysanoptera) dan populasi dinamiknya pada kanopi pokok di Hutan Simpan Pasoh, Negeri Sembilan, Malaysia.pdf Restricted Access | Full-text | 1.76 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.