Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780622
Title: Pembangunan model pengajaran pantun berestetika untuk guru sekolah rendah
Authors: Ahmad Fikri Ab Rahman (P107508)
Supervisor: Zamri Mahamod, Prof. Dr.
Keywords: Poetry -- Study and teaching
Malay literature
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Nov-2024
Abstract: Kajian ini dijalankan disebabkan kekurangan penerapan estetika pantun dalam kurikulum serta masalah guru dalam pengajaran pantun di sekolah rendah. Demi mengatasi masalah ini, kajian ini membangunkan Model Pengajaran Pantun Berestetika untuk guru sekolah rendah menggunakan pendekatan penyelidikan reka bentuk dan pembangunan berlandaskan Teori Puitika Sastera Melayu. Kajian ini terdiri daripada tiga fasa iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan serta fasa penilaian kebolehgunaan. Dalam fasa analisis keperluan, data dikumpulkan secara temu bual terhadap empat orang guru bahasa Melayu sekolah rendah dan empat orang pensyarah Institut Pendidikan Guru. Data dianalisis secara tematik menggunakan Nvivo12+. Dapatan data menunjukkan bahawa terdapat keperluan penyelesaian masalah dari segi cabaran guru, murid, bahan dan keberkesanan kursus. Selain itu, terdapat keperluan pengajaran estetika pantun dan keperluan pembangunan Model Pengajaran Pantun Berestetika di sekolah rendah. Dalam fasa reka bentuk dan pembangunan, enam dimensi utama diperoleh daripada Teori Puitika Sastera Melayu iaitu (1) maksud pantun, (2) pembayang pantun, (3) hubungan pembayang dengan maksud pantun, (4) suku kata pantun, (5) rima pantun dan (6) lafaz pantun. Elemen dalam dimensi utama pula diperoleh daripada gabungan data temu bual fasa analisis keperluan dan data Systematic Literature Review. Dimensi dan elemen tersebut disahkan dan ditentukan kedudukan keutamannya menggunakan Fuzzy Delphi Method. Hasil dapatan menunjukkan semua dimensi utama dan elemen mematuhi tiga syarat utama Fuzzy Delphi iaitu nilai threshold (d) kurang daripada 0.2, peratusan kesepakatan pakar lebih daripada 75% dan nilai alpha cut lebih besar daripada 0.5. Kedudukan keutamaan bagi setiap dimensi utama juga turut berubah menjadi (1) lafaz pantun, (2) suku kata pantun, (3) rima pantun, (4) pembayang pantun, (5) maksud pantun dan (6) hubungan pembayang dengan maksud pantun. Bagi fasa penilaian kebolehgunaan, data daripada 25 orang pakar pelaksana dalam kalangan guru bahasa Melayu sekolah rendah dikumpulkan menggunakan soal selidik kebolehgunaan USE yang mempunyai empat konstruk utama iaitu (1) kebergunaan, (2) kemudahgunaan, (3) kemudahbelajaran dan (4) kepuasan penggunaan model. Data dianalisis menggunakan Percentage Calculation Method bagi memperoleh nilai kesepakatan pakar pelaksana lebih daripada 70%. Dapatan data menunjukkan konstruk kebergunaan memperoleh 85.7%, konstruk kemudahgunaan dengan 84.1%, konstruk kemudahbelajaran 82%, manakala konstruk kepuasan penggunaan model sebanyak 85%. Dapatan ini menunjukkan bahawa penilaian kebolehgunaan terhadap Model Pengajaran Pantun Berestetika sepakat diterima oleh pakar pelaksana. Implikasi kajian ini dapat dicapai dari segi teoritikal, metodologikal dan amalan dalam pendidikan pantun di Malaysia. Dari segi teoritikal, kajian ini berjaya mengaplikasikan Teori Puitika Sastera Melayu dalam bidang pendidikan. Bagi implikasi metodologi, penggunaan teknik pengumpulan data pelbagai yang melibatkan pakar kajian menjadi salah satu sumbangan baharu dalam penyelidikan pantun yang sebelum ini lebih menggunakan pendekatan kualitatif. Hasil kajian ini juga dapat memberi implikasi dari sudut amalan kerana boleh dijadikan rujukan guru dalam mengajarkan pantun berestetika dengan lebih terancang berdasarkan saranan pakar. Kurikulum mata pelajaran Bahasa Melayu juga boleh menjadikan Model Pengajaran Pantun Berestetika sebagai rujukan untuk menambah baik elemen estetika dalam pendidikan pantun di sekolah rendah.
Pages: 387
Call Number: LB1576.A376 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780622
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan model pengajaran pantun berestetika untuk guru sekolah rendah.pdf
  Restricted Access
Full-text4.56 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.