Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780614
Title: Peranan program keusahawanan universiti dan media sosial sebagai pengantara set minda keusahawanan dengan penciptaan perniagaan pelajar univesiti awam Malaysia
Authors: Aryati Abd Rahman (P90245)
Supervisor: Sheerad Sahid, Prof. Madya Dr.
Mohamed Yusuff Mohd Noor, Dr.
Ahmad Zamri Mansor, Dr.
Keywords: Entrepreneurship
Business education.
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Feb-2025
Abstract: Bidang keusahawanan semakin diiktiraf sebagai pemangkin utama dalam pertumbuhan ekonomi, serta meningkatkan inovasi, kreativiti, dan daya saing. Program Keusahawanan di universiti bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada dunia keusahawanan dan memupuk pemikiran positif bagi mendorong mereka untuk memulakan perniagaan. Kajian ini bertujuan untuk mengisi jurang pengetahuan dengan mengkaji kesan set minda keusahawanan terhadap penciptaan perniagaan dalam kalangan pelajar universiti awam di Malaysia, serta meneroka peranan pemboleh ubah pengantara, iaitu Program Keusahawanan Universiti (PKU) dan Media Sosial (MS). Objektif utama kajian adalah untuk menguji hubungan antara set minda keusahawanan dan penciptaan perniagaan di kalangan pelajar universiti awam, serta menguji peranan perantara PKU dan MS dalam hubungan tersebut. Kajian ini menggunakan Teori Efikasi Kendiri, Teori Tingkah Laku Terancang, Teori Modal Sosial, dan Teori Pembelajaran Sosial sebagai kerangka teori utama. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah korelasional telah digunakan, di mana data dikumpulkan melalui soal selidik yang dihantar secara pos dan atas talian, serta dianalisis menggunakan kaedah Pemodelan Persamaan Berstruktur (SEM). Sampel kajian terdiri daripada 422 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda dari universiti awam di Malaysia. Kaedah pensampelan rawak mudah berstrata telah digunakan untuk memastikan representasi yang seimbang daripada pelbagai strata di kalangan responden dan mengurangkan ketidakseimbangan sampel. Instrumen kajian telah diukur melalui kajian rintis, dan pengesahan dapatan dilakukan melalui ujian unidimensionaliti EFA dan CFA, diikuti dengan ujian struktur model SEM. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Program Keusahawanan Universiti dan Media Sosial bertindak sebagai pengantara separa dalam hubungan antara set minda keusahawanan dan penciptaan perniagaan. Oleh itu, kajian ini memberikan sumbangan dalam pembangunan modul pembelajaran keusahawanan yang lebih menekankan kepentingan pembentukan set minda keusahawanan dalam kalangan pelajar.
Pages: 250
Call Number: HB615.A739 2025 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780614
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.