Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780592
Title: Jaringan dalam jaringan: asas pembentukan jaringan tidak formal dalam organisasi korporat
Authors: Nur Zafifa Kamarunzaman
Conference Name: International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH
Keywords: Jaringan sosial tidak formal
Tingkah laku pekerja
Hubungan pekerja
Conference Date: 2009-12-02
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Abstract: Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memetakan secara sistematik jaringan tidak formal yang wujud bersama-sama dan bertindan-lapis dengan jaringan sosial formal dalam sesebuah organisasi. Jaringan sosial tidak formal yang didapati dibentuk oleh para pekerja dikenali sebagai jaringan persahabatan. Dalam merongkai kewujudan jaringan persahabatan, asas pembentukan jaringan ini dapat dibentuk dengan tingkah laku-tingkah laku yang ditonjolkan dan dilakukan secara bersama oleh para pekerja. Untuk itu, 11 asas tingkah laku dikenalpasti untuk menguji kewujudan jaringan tidak formal ini. Kajian ini telah dijalankan ke atas 30 orang responden Jabatan A, Berjaya Corporation Berhad dengan menggunakan gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data-data yang telah didapati berdasarkan asas tingkah laku yang dikenalpasti dianalisa dengan kaedah Analisa Jaringan Sosial menggunakan program UCINET6. Hasil kajian mendapati tingkah laku-tingkah laku yang dikenalpasti menjadi asas kepada pembentukan jaringan persahabatan dan telah memberi faedah kebaikan kepada para pekerja Jabatan A. Selain itu, pembentukan klik dan jaringan persahabatan yang bersifat langsung dan bertimbal-balik memanifestasikan kewujudan jaringan persahabatan yang kukuh dan mesra. Manakala jaringan persahabatan yang bersifat langsung mendominasi dapatan kajian dan ini penting sebagai pemangkin kepada jaringan persahabatan yang lebih mesra, rapat dan mampu mewujudkan hubungan yang bermakna pada masa yang akan datang.
Pages: 93
Call Number: H53.M4I555 2009 n.1 sem
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780592
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.