Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780590
Title: Kompetensi dan meta kemahiran pengurusan kerjaya bagi pesara tentera menguruskan kerjaya secara efektif selepas bersara
Authors: Normah Zakaria
Abdullah Mat Rashid
Ab. Rahim Bakar
Ramlah Hamzah
Conference Name: International Conference On Social Sciences And Humanities - ICOSH
Keywords: Pesara tentera
Peralihan kerjaya
Pembangunan diri
Conference Date: 2009-12-02
Conference Location: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Abstract: Dalam arus perubahan kerja yang semakin kompleks dan sentiasa berubah, setiap individu akan melakukan perubahan sama ada daripada segi kerjaya atau pembelajaran. Bagi bakal pesara tentera, untuk melalui peralihan kerjaya bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai cabaran perlu ditempuhi terutamanya berkaitan dengan kerjaya. Kerjaya pilihan sebagai pengawal keselamatan selepas bersara seringkali dilabelkan sebagai kerjaya " sterotaip" dalam kalangan anggota tentera yang telah bersara. Kurang berkeyakinan, perancangan kerjaya yang masih samar dan kesilapan dalam membuat keputusan menyebabkan bakal pesara tentera berdepan dengan hala tuju kerjaya yang tidak menentu. Permasalahan ini berlaku kerana tiada pengurusan kerjaya yang betul berlandaskan kepada kemahiran dan kompetensi seseorang bakal pesara tentera. Pengurusan Pengurusan kerjaya memerlukan pembangunan kompetensi dan meta kemahiran yang berkaitan dengan pembelajaran, pengurusan diri, dan komunikasi yang sentiasa dibolehpindahkan dalam sepanjang kehidupan. Pengurusan kerjaya yang berkesan juga dapat membantu kejayaan dan kepuasan dalam kerjaya kedua. Kertas kerja ini adalah merupakan konseptual asas kajian yang dijalankan untuk mengenal pasti komptetensi pengurusan kerjaya dan meta kemahiran yang perlu ada pada diri pesara tentera dalam menguruskan kerjaya mereka dengan lebih efektif. Pesara tentera perlu mempunyai pengurusan kerjaya yang efektif agar kehidupan selepas bersara akan lebih baik.
Pages: 92
Call Number: H53.M4I555 2009 n.1 sem
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780590
Appears in Collections:Seminar Papers/ Proceedings / Kertas Kerja Seminar/ Prosiding

Files in This Item:
There are no files associated with this item.


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.