Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780513
Title: | Kajian Komuniti Islam di Hainan China dan komuniti Cam Kelantan Malaysia: Perbandingan kebudayaanK |
Authors: | Zhou Yahui (P114567) |
Supervisor: | Asyaari Muhamad, Prof. Madya Dr. Zuliskandar Ramli, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | sosiobudaya komuniti perbezaan kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Academic -- Malaysia Melayu Cam Champa |
Issue Date: | 30-Aug-2025 |
Abstract: | Di Provinsi Hainan, Republik Rakyat China dan di negeri Kelantan, Malaysia wujud komuniti Cam berketurunan Campa, iaitu Utsat di Hainan dan Melayu-Cam di Kelantan. Kedua-dua komuniti Cam ini berhijrah disebabkan peperangan dan penindasan di tanah asal mereka. Kajian etnografi ini bertujuan mengenal pasti status sosiobudaya keduadua komuniti dengan menganalisis persamaan dan perbezaan kebudayaan serta pembentukan identiti mereka. Pendekatan kualitatif diterapkan dalam kajian dengan menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan perbincangan kumpulan fokus serta analisis teks. Kajian ini menerapkan teori akulturasi, teori asimilasi bertahap dan teori identiti sosial. Hasil kajian memperlihatkan bahawa kedua-dua komuniti berkongsi persamaan dari segi asal-usul penghijrahan yang berpunca daripada peperangan dan tekanan politik. Tujuan utama migrasi mereka adalah untuk mencari perlindungan dan kestabilan hidup. Kedua-dua komuniti masih mengekalkan adat penting seperti kelahiran, berkhatan, perkahwinan dan pengebumian yang berlandaskan ajaran Islam. Dapatan kajian juga menunjukkan mereka mengekalkan jaringan kekerabatan, gotongroyong dan semangat perpaduan komuniti. Walau bagaimanapun, perbezaan yang ketara turut wujud, khususnya dalam corak dan tempoh migrasi. Komuniti Utsat berhijrah lebih awal dan tertumpu di dua kampung di Sanya, Hainan manakala komuniti Melayu-Cam berhijrah lebih lewat dengan penyebaran yang lebih luas di Semenanjung Malaysia. Dari segi bahasa, Utsat dapat mengekalkan bahasa lisan mereka iaitu dialek Tsat; sedangkan Melayu-Cam lebih dominan menggunakan bahasa Melayu sehingga identiti mereka lebih cepat diasimilasikan ke dalam budaya Melayu-Islam. Tahap penyesuaian budaya juga berbeza yang menyaksikan Melayu-Cam mengalami proses integrasi lebih mendalam, manakala Utsat lebih cenderung kepada akulturasi budaya sambil berdepan dengan cabaran politik dan institusi di China. Di Malaysia pula, ruang institusi Islam lebih kukuh sehingga mempercepat proses asimilasi Melayu-Cam. Selain itu, perbezaan dapat dilihat dalam variasi gastronomi, bentuk penempatan serta arah keterikatan transnasional yang melihatkan Melayu-Cam lebih aktif berhubung dengan komuniti Cam Kemboja manakala Utsat pula memperkukuh jaringan dengan Malaysia melalui mobiliti kekerabatan, pendidikan dan hubungan perkahwinan. Kajian ini membuktikan bahawa pewarisan budaya dan pembentukan identiti komuniti Cam di Hainan dan Kelantan bersifat kompleks serta dipengaruhi faktor sejarah, politik dan sosial. Dapatan ini bukan sahaja menambah korpus ilmu tentang diaspora Cam tetapi juga memperkayakan teori asimilasi serta menonjolkan peranan agama dalam pembentukan identiti etnik minoriti. |
Description: | Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu |
Pages: | 387 |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780513 |
Appears in Collections: | Institute of The Malay World and Civilisation / Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
P114567 Full Thesis Zhou Yahui [TESISPTSL].pdf Restricted Access | Full text | 226.09 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.