Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780478
Title: Hubungan berstruktur antara pembangunan profesional, pengintegrasian teknologi, efikasi kendiri dengan pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) algebra guru matematik sekolah menengah
Authors: Darmaraj Sakaria (P107710)
Supervisor: Siti Mistima Maat, Prof.Madya Dr.
Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore, Prof. Madya Ts. Dr.
Keywords: Algebra -- Study and teaching (Secondary) -- Malaysia
Pedagogical content knowledge
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 28-Aug-2024
Abstract: Penyelidikan ini bertujuan untuk meneroka hubungan berstruktur antara pembangunan profesional, pengintegrasian teknologi dan efikasi kendiri dengan Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) algebra sekali gus membangunkan model berstruktur PPIK algebra dalam kalangan guru Matematik sekolah menengah dalam konteks Malaysia. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan selidik keratan rentas digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian ini terdiri daripada 457 orang guru Matematik sekolah menengah dari negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Kaedah analisis pemodelan persamaan berstruktur (SEM) menggunakan perisian IBM-SPSS-AMOS versi 24.0 telah digunakan untuk menganalisis data deskritptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan isi kandungan algebra dalam kalangan guru Matematik sekolah menengah adalah sederhana. Kajian juga mendapati terdapat kesepadanan model pengukuran PPIK algebra, pembangunan profesional, pengintegrasian teknologi dan efikasi kendiri dengan data kajian yang diperoleh. Seterusnya, hasil kajian juga mendapati pembangunan profesional, pengintegrasian teknologi dan efikasi kendiri dapat membentuk model berstruktur PPIK algebra. Di samping itu, kajian juga mendapati pembangunan profesional, pengintegrasian teknologi dan efikasi kendiri mempunyai kesan yang signifikan dan positif terhadap PPIK algebra. Pembangunan profesional dan pengintegrasian teknologi didapati mempunyai kesan yang signifikan dan positif terhadap efikasi kendiri. Selanjutnya, efikasi kendiri berperanan sebagai pengantara separa dalam hubungan antara pembangunan profesional dan pengintegrasian teknologi dengan PPIK algebra. Akhirnya, dapatan kajian juga menunjukkan konstruk pembangunan profesional, pengintegrasian teknologi dan efikasi kendiri memberi sumbangan yang besar sebanyak 41% terhadap PPIK algebra. Pembaharuan kajian ini ialah pembangunan dan pengesahan sebuah model berstruktur yang dinamakan sebagai model PPIK algebra dengan menunjukkan hubungan antara pembangunan profesional, pengintegrasian teknologi, efikasi kendiri terhadap PPIK dalam topik algebra secara teori. Tuntasnya, kajian ini berjaya membangunkan model berstruktur PPIK algebra dan ini merupakan model pertama dicipta sebagai penanda aras PPIK guru Matematik sekolah menengah di Malaysia dalam topik algebra. Model berstruktur PPIK algebra ini diharap dapat menyumbang kepada program peningkatan PPIK guru Matematik sekolah menengah yang merupakan pemangkin kepada pembentukan guru berkualiti dalam topik algebra. Implikasinya, model berstruktur PPIK algebra ini boleh menjadi panduan keberhasilan, kesetaraan kualiti, rujukan pelaksanaan dan amalan terbaik dalam sistem pembangunan PPIK guru Matematik sekolah menengah dalam topik algebra di Malaysia.
Pages: 529
Call Number: QA159.D337 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780478
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.