Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780464
Title: | Jenis, penawaran program, tahap kelengkapan infrastruktur dan kepakaran tenaga pengajar IPTA dengan kecenderungan permintaan program PSH oleh industri |
Authors: | Hazwani Hasami (P73483) |
Supervisor: | Nor Aishah Buang, Prof. Dr. Sheerad Sahid, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Educational planning Technical education Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 27-Dec-2024 |
Abstract: | Pelaksanaan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat melahirkan peserta industri yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan industri dalam mencari pekerja yang berkemahiran tinggi. Dalam konteks ini, IPTA memainkan peranan aktif dalam penyediaan sumber manusia mahir serta mewujudkan suasana pembelajaran yang efisyen kepada peserta bagi memenuhi permintaan pasaran industri. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap keupayaan IPTA dan peranan menawarkan program Pembelajaran Sepanjang Hayat yang mempengaruhi kecenderungan permintaan industri. Aspek yang dikaji melibatkan Jenis IPTA, Penawaran Program, Tahap Kelengkapan Infrastruktur dan Kepakaran Tenaga Pengajar di IPTA. Sampel kajian terdiri daripada 510 responden iaitu kumpulan pengurusan daripada Universiti Awam, Kolej Komuniti, Politeknik dan Institusi Latihan Perindustrian yang dipilih menggunakan teknik persampelan rawak berstrata berkadaran serta teknik persampelan bertujuan. Reka bentuk kajian menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu melalui analisis deskriptif di mana analisis data dilakukan dalam bentuk min, frekuensi,peratusan serta analisis inferensi melibatkan analisis korelasi Pearson, MANOVA dan analisis regresi pelbagai langkah demi langkah (stepwise) untuk mencari perbezaan dan hubungan dengan menggunakan perisian Stastical Package for Social Science (SPSS).Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dengan nilai alpha cronbach adalah 0.93 yang menunjukkan bahawa kebolehpercayaan soal selidik diterima. Selain itu, kajian turut menggunakan pendekatan kualitatif iaitu temubual separa berstruktur melibatkan 16 responden dan dianalisis menggunakan perisian Atlas.it. Hasil dapatan kajian mendapati tahap keupayaan IPTA dalam menawarkan program Pembelajaran Sepanjang Hayat mempengaruhi kecenderungan permintaan industri untuk Jenis IPTA, Penawaran Program IPTA, Penawaran Infrastruktur IPTA dan Kepakaran Tenaga Pengajar IPTA berada pada tahap sederhana tinggi iaitu melebihi 3.90. Dapatan turut mendapati Jenis IPTA, Penawaran Program, Tahap Kelengkapan Infrastruktur dan Kepakaran Tenaga Pengajar di IPTA mempunyai hubungan yang kuat dengan kecenderungan permintaan Pembelajaran Sepanjang Hayat industri dengan masing-masing memperolehi nilai r = 0.870, 0.982, 0.952 dan 0.968. Seterusnya, dapatan kajian ini mendapati Penawaran Program memberikan sumbangan terbesar diikuti dengan tenaga pengajar IPTA, Penawaran Infrastruktur IPTA dan Jenis IPTA memberi sumbangan terkecil kepada kecenderungan industri menjalani program Pembelajaran Sepanjang Hayat di IPTA. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara Jenis IPTA , Penawaran program, Tahap Kelengkapan Infrastruktur dan Kepakaran Tenaga Pengajar yang mempengaruhi kecenderungan permintaan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat berdasarkan perspektif industri. Kesimpulannya, pemeringkatan yang dilakukan terhadap faktor-faktor pendorong yang dikaji adalah mustahak untuk diteliti bagi mencapai matlamat utama pelaksanaan Program PSH IPTA dan industri. |
Notes: | Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah” |
Pages: | 325 |
Call Number: | LB2806.H339 2024 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780464 |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Jenis, penawaran program, tahap kelengkapan infrastruktur dan kepakaran tenaga pengajar IPTA dengan kecenderungan permintaan program PSH oleh industri.pdf Restricted Access | Partial | 668.82 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.