Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780453
Title: Pembangunan dan penilaian pemainan mudah alih "Misi Bintang" untuk mata pelajaran Ekonomi Tingkatan Empat
Authors: Mohd Zaim Zainal Adnan (P120937)
Supervisor: Mohamad Zuber Abdul Majid, Dr.
Keywords: Instructional system
Educational technology
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 3-Jan-2025
Abstract: Kajian ini dijalankan untuk membangun dan menilai permainan mudah alih “Misi Bintang” bagi meningkatkan pencapaian topik keanjalan, motivasi dan pembelajaran kendiri dalam kalangan murid tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Ekonomi. Permainan mudah alih ini telah dibangunkan dengan mengaplikasikan Pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (PRP), teori Behaviourisme, teori Konstruktivisme, teori Kognitif elemen gamifikasi dan elemen mudah alih yang melibatkan fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan serta fasa penilaian. Dalam fasa analisis keperluan, data dikutip melalui kaedah temu bual yang dijalankan terhadap tujuh informan untuk melihat keperluan pembangunan permainan. Sebanyak sembilan tema telah dikenal pasti untuk membangunkan permainan ini. Setelah itu, kaedah analisis dokumen dan Indeks Kesahan Kandungan (CVI) dijalankan di fasa dua. Hasil dapatan menunjukkan bahawa permainan “Misi Bintang” merekodkan kesahan kandungan yang tinggi bagi setiap elemen iaitu CVI > 0.83, yang telah dinilai oleh tujuh orang pakar bidang. Di fasa tiga pula, reka bentuk kuasi eksperimen dijalankan terhadap 56 murid dengan penilaian formatif ujian pra dan pasca dijalankan bagi mendapatkan skor murid bagi sebelum dan selepas intervensi permainan. Data fasa tiga dianalisis menggunakan ujian T bebas dan berpasangan. Hasilnya, berlaku peningkatan markah yang tinggi dalam topik keanjalan antara kumpulan yang menggunakan permainan berbanding kaedah konvensional. Dapatan juga menunjukkan intervensi permainan meningkatkan tahap motivasi dan pembelajaran kendiri murid dalam mempelajari mata pelajaran Ekonomi. Kajian ini menunjukkan penggunaan permainan mudah alih meningkatkan tahap pencapaian murid dalam topik Keanjalan. Kajian ini juga membantu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mempelbagai kaedah pembelajaran dengan membina modul permainan mudah alih yang lebih fleksibel dan boleh digunakan dalam proses pembelajaran. Perkara ini juga memperkukuhkan lagi elemen pendidikan berasaskan teknologi dalam kurikulum di Malaysia.
Pages: 266
Call Number: LB1028.35.M634 2024 tesis
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780453
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Pembangunan dan penilaian permainan mudah alih misi bintang untuk mata pelajaran ekonomi tingkatan empat.pdf
  Restricted Access
Full-text6.13 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.