Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780404
Title: Hubung kait antara aras fosfolipase A2 kumpulan IIA rembesan (sPLA2-IIA) dan metabolit tapak jalan eikosanoid di kalangan pesakit sepsis jangkitan bakteria serta kajian model sepsis jangkitan bakteria menggunakan sel U937
Authors: Nurul Saadah Ahmad (P79496)
Supervisor: Yasmin Anum Mohd Yusof, Prof. Dr.
Wan Zurinah Wang Ngah, Prof. Dato' Dr.
Khaizurin Tajul Arifin, Dr.
Tan Toh Leong, Dr.
Keywords: Biokimia
Research
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 7-Dec-2017
Abstract: Sepsis jangkitan bakteria melibatkan turutan proses keradangan yang kompleks selepas jangkitan kuman. Peningkatan aras fosfolipase A2 kumpulan IIA rembesan (sPLA2 IIA) dan metabolit tapak jalan eikosanoid telah dilaporkan secara berasingan dalam sepsis jangkitan bakteria. Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubung kait antara aras sPLA2-IIA dan metabolit tapak jalan eikosanoid di kalangan pesakit yang mengalami sepsis jangkitan bakteria dan mengkaji mekanisme sPLA2-IIA dalam tapak jalan eikosanoid dengan menggunakan sel selanjar monosit manusia U937. Pesakit berumur ≥ 18 tahun direkrut dari Jabatan Perubatan Kecemasan, Pusat Perubatan Universisi Kebangsaan Malaysia dengan sepsis jangkitan bakteria (bs) atau sepsis parah / sepsis renjatan jangkitan bakteria (bss). Sejumlah 125 subjek direkrut terdiri daripada subjek sihat = 45, pesakit bs = 45 dan pesakit bss = 35. Aras sPLA2-IIA, Prostaglandin E2 (PGE2), Prostaglandin D Synthase (PGDS) dan aktiviti enzim siklooksigenase (COX-1 & COX-2) diukur menggunakan kit ELISA. Untuk kajian in vitro, sel U937 diperlakukan dengan lipopolisakarida (LPS) dan dengan sPLA2-IIA eksogenus. Kesan sPLA2-IIA eksogenus keatas kadar proliferasi sel diukur dengan asai MTS, sementara penghasilan nitrik oksida, aktiviti COX dan aktivasi NF-κB diukur dengan menggunakan kit ELISA. Hasil kajian in vivo menunjukkan min aras sPLA2-IIA, PGE2 dan PGDS meningkat dalam pesakit bs dan bss berbanding subjek sihat (p<0.05). Bertentangan dengan COX-1, aktiviti COX-2 meningkat dalam pesakit bs berbanding subjek sihat (p<0.05). Tiada perbezaan signifikan dalam kesemua parameter (sPLA2 IIA, PGE2, PGDS, COX-1 dan COX-2) di antara pesakit bs dan bss. Daripada analisa regresi linear berganda, model yang diperolehi menunjukkan sPLA2-IIA mempunyai hubung kait dengan PGDS (b=1.3, p=0.001), COX-1 (b=-7.5x10-2, p=0.019) dan terdapat hubung kait secara langsung di antara PGE2 dan COX-2 (b=2.6x10-5, p=0.019). Tambahan lagi, sPLA2-IIA juga menunjukkan hubung kait dengan kriteria SIRS (Systemic Inflammatory Response Syndrome) iaitu kadar degupan jantung (b=0.2, p=0.001), suhu badan (b=3.4, p=0.001) dan jumlah sel darah putih (b=0.4, p=0.008). Hasil kajian in vitro menunjukkan kadar proliferasi sel menurun (<20%; p<0.05). Sel yang diperlakukan dengan LPS meningkatkan nitrik oksida dan aktiviti COX-2 melalui aktivasi NF-κB (p<0.05). Begitu juga sel yang diperlakukan dengan sPLA2-IIA eksogenus, ia meningkatkan nitrik oksida dan aktiviti COX-2, namun tanpa melalui aktivasi NF-κB. Kesimpulannya, aras sPLA2-IIA dan metabolit tapak jalan eikosanoid boleh membezakan pesakit bs dan bss daripada subjek sihat. Aras sPLA2-IIA berhubung kait dengan metabolit tapak jalan eikosanoid di kalangan pesakit sindrom sepsis jangkitan bakteria, begitu juga dengan kriteria SIRS. Sel U937 yang diperlakukan dengan sPLA2-IIA eksogenus mencetuskan inflamasi tetapi tidak melalui aktivasi NF-κB. Kombinasi aras sPLA2-IIA dan metabolit tapak jalan eikosanoid berpotensi digunakan sebagai panel penanda biologi untuk diagnosis awal sepsis jangkitan bakteria.
Notes: e-tesis
Pages: 46
Call Number: QU20.N974h 2017 9HUKMPRA tesis
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780404
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan



Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.