Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780302
Title: Penilaian pendedahan bunyi bising pekerjaan dan faktor penyumbang kepada simptom kesihatan berkaitan bunyi dalam kalangan pekerja kilang pemprosesan minyak kelapa sawit di Kota Tinggi, Johor
Authors: Siti Najihah Abdul Salam (P104166)
Supervisor: Nurul Farahana Kamaludin, Prof. Madya Dr.
Normah Awang, Prof. Madya ChM. Dr.
Nur Zakiah Mohd Saat, Prof. Madya Dr.
Anuar Ithnin, Dr.
Dayana Hazwani Mohd Suadi Nata, Dr.
Keywords: Noise, Occupational
Hearing Loss
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 10-Jun-2025
Abstract: Malaysia merupakan antara negara pengeluar dan pengeksport minyak sawit yang terbesar di peringkat global. Namun begitu, pemprosesan melibatkan penggunaan pelbagai jenis mesin penyebab punca kebisingan yang menyumbang potensi kehilangan pendengaran terhadap pekerja. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menilai pendedahan bunyi bising pekerjaan dan faktor penyumbang kepada simptom kesihatan berkaitan bunyi dalam kalangan pekerja kilang pemprosesan minyak kelapa sawit di Kota Tinggi, Johor. Reka bentuk kajian ini adalah secara keratan rentas dengan melibatkan seramai 39 pekerja kumpulan terdedah dan 27 pekerja kumpulan tidak terdedah. Penilaian tahap pendedahan bunyi bising di stesen kerja telah dilakukan menggunakan meter paras bunyi (SLM). Pemetaan kawasan kerja kepada empat zon bunyi (>115 dB(A), >85-115 dB(A), >82-85 dB(A) dan ≤82 dB(A)) yang ditunjukkan dengan warna yang berbeza iaitu ungu, merah, kuning dan putih telah divisualkan menggunakan perisian dBmap.net. Alat dosimeter digunakan bagi pengukuran tahap pendedahan bunyi bising individu dalam tempoh 9 jam waktu bekerja, iaitu 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Seterusnya, borang soal selidik diedarkan untuk mengumpulkan data berkenaan maklumat sosiodemografi, maklumat pekerjaan, simptom kesihatan berkaitan bunyi, tingkah laku berisiko serta maklumat, arahan dan latihan di tempat kerja. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan ujian ANOVA satu hala bagi membandingkan tahap pendedahan bunyi bising pekerja di antara unit kerja serta ujian Chi-Square untuk menentukan hubungan di antara faktor pekerjaan, maklumat, arahan, latihan dan tingkah laku berisiko dengan simptom kesihatan berkaitan bunyi. Hasil kajian mendapati terdapat tujuh unit kerja yang melebihi Had Pendedahan Bising (NEL) sebanyak 85 dB(A) berdasarkan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019 iaitu loading ramp (85.5±0.35 dB(A)), pensterilan (85.1±0.92 dB(A)), tekan (85.4±2.51 dB(A)), kernel (90.3±4.61 dB(A)), klarifikasi (85.5±2.03 dB(A)), dandang (86.7±5.31 dB(A)) dan rumah kuasa (91.7±2.40 dB(A)). Ujian ANOVA satu hala menunjukkan terdapat perbezaan min bunyi bising yang signifikan (p<0.05) antara unit kerja, iaitu rumah kuasa dengan loading ramp, stesen pensterilan, stesen tekan dan stesen klarifikasi. Sementara itu, pemetaan kebisingan yang dilakukan berdasarkan pengukuran sumber kebisingan didapati berada pada zon merah iaitu bilik dandang, rumah kuasa, klarifikasi, kernel, tekan, loading ramp dan pensterilan. Pemantauan tahap pendedahan bunyi bising individu menunjukkan bacaan di unit kerja kernel melebihi had pendedahan yang dibenarkan (85.5 dB). Manakala analisis statistik ujian Chi-Square menunjukkan bahawa banyak faktor pekerjaan mempunyai hubungan yang signifikan (p<0.05) dengan simptom kesihatan berkaitan bunyi. Secara kesimpulannya, terdapat beberapa unit kerja di kilang pemprosesan minyak kelapa sawit merekodkan tahap kebisingan yang melebihi had yang telah ditetapkan. Namun begitu, tahap pendedahan bunyi bising individu bagi min pendedahan individu pekerja didapati masih berada pada tahap yang terkawal dan selamat. Memandangkan banyak faktor pekerjaan telah menyumbang kepada simptom kesihatan berkaitan bunyi, maka pihak pengurusan kilang perlu mengambil langkah kawalan bersesuaian bagi menjaga keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja.
Notes: e-tesis
Pages: 164
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780302
Appears in Collections:Faculty of Health Sciences / Fakulti Sains Kesihatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Penilaian pendedahan bunyi bising.pdf
  Restricted Access
Full-text3.63 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.