Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780155
Title: | Kesan ekstrak Eurycoma longifolia kaya kuasinoid terpiawai terhadap metabolisme tulang pada model tikus osteoporosis kurang androgen |
Authors: | Putri Ayu Jayusman (P80375) |
Supervisor: | Ahmad Nazrun Shuid, Prof. Dr. Isa Naina Mohamed, Prof. Madya. Dr. |
Keywords: | Pharmacology Research Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 1-May-2019 |
Abstract: | Sebatian aktif dalam akar Eurycoma longifolia (EL) dilaporkan mempunyai kesan pro-androgenik dan anti-osteoporosis. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kesan ekstrak terpiawai EL kaya kuasinoid ke atas metabolisme tulang pada model-model tikus osteoporosis aruhan kurang androgen. Kajian awal menunjukkan selain dari orkidektomi, osteoporosis boleh diaruh secara kembiri kimia melalui suntikan subkutan degarelix pada dos 2 mg/kg. Sebanyak 96 ekor tikus Sprague-Dawley jantan yang berusia 3 bulan dibahagikan kepada empat kumpulan utama iaitu kumpulan asas, sham, terorkidektomi dan degarelix (kembiri kimia). Kumpulan terorkidektomi dan degarelix seterusnya dibahagikan kepada kumpulan kawalan negatif, kumpulan testosteron (7 mg/kg, intraotot, seminggu sekali) dan kumpulan yang disuplementasi ekstrak EL pada dos oral 25, 50 dan 100 mg/kg masing-masing setiap hari selama 10 minggu. Pada akhir kajian, tikus diimbas untuk analisis densitometri tulang dan serum diambil untuk pengukuran aras testosteron serta penanda biokimia tulang. Tulang femur diambil untuk analisis indeks struktur, statik dan dinamik menggunakan teknik histomorfometri manakala mikroarkitektur trabekular dan kortikal tulang femur distal dianalisis dengan mikro-tomografi berkomputer. Kekuatan biomekanikal tulang pula diuji dengan konfigurasi lenturan tiga-penjuru. Peningkatan aras testoteron serum yang lebih tinggi secara signifikan (p<0.05) dapat diperhatikan pada tikus yang diberi rawatan testosteron berbanding kumpulan asas, kumpulan sham dan kumpulan kawalan negatif. Suplementasi ekstrak EL menghasilkan peningkatan kecil aras testosteron serum yang signifikan (p<0.05) pada tikus terorkidektomi yang disuplementasi dengan 25 mg/kg ekstrak EL dan pada tikus degarelix yang disuplementasi dengan 50 dan 100 mg/kg ekstrak EL. Rawatan testosteron didapati lebih berkesan daripada suplementasi ekstrak EL dalam menghalang penurunan ketumpatan dan kandungan mineral tulang serta mencegah perubahan degeneratif aruhan orkidektomi dan degarelix pada tulang trabekular femur distal. Bagaimanapun, suplementasi ekstrak EL pada dos 100 mg/kg berjaya menghalang perubahan terhadap indeks struktur model pada kumpulan degarelix (p<0.05). Rawatan testosteron dan suplementasi ekstrak EL juga menyebabkan peningkatan peratus osteoblas terutamanya pada kumpulan degarelix dan penurunan peratus osteoklas yang signifikan (p<0.05) pada kedua-dua model tikus terorkidektomi dan degarelix. Analisis histomorfometri dinamik pula menunjukkan bahawa peratus permukaan satu label adalah lebih rendah manakala peratus permukaan dwi-label adalah lebih tinggi secara signfikan (p<0.05) pada kumpulan yang diberi rawatan testosteron dan kumpulan suplementasi ekstrak EL. Keberkesanan suplementasi ekstrak EL dalam menghalang perubahan terhadap ketebalan tulang kortikal femur adalah setara dengan kumpulan testosteron (p<0.05). Dapatan biomekanikal tulang menunjukkan suplementasi ekstrak EL berkesan dalam mencegah perubahan parameter kekuatan, keregangan dan modulus keanjalan Young pada kumpulan degarelix dan parameter tekanan tulang pada kumpulan terorkidektomi (p<0.05). Secara perbandingan, keberkesanan suplementasi ekstrak EL ke atas parameter kekuatan biomekanikal tulang adalah setara dengan rawatan testosteron. Kesimpulannya, ekstrak EL kaya kuasinoid terpiawai berpotensi menghalang perubahan degeneratif tulang akibat kekurangan testosteron dengan mengekalkan ketebalan tulang kortikal dan kekuatan mekanikal tulang. |
Notes: | e-tesis |
Pages: | 316 |
Call Number: | QV20.5.P988k 2019 9HUKMPRA tesis |
Publisher: | UKM, Kuala Lumpur |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/780155 |
Appears in Collections: | Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
Kesan ekstrak Eurycoma longifolia kaya kuasinoid terpiawai terhadap metabolisme tulang pada model tikus osteoporosis kurang androgen.pdf Restricted Access | Full-text | 6.31 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.